1.Scan Documents
ok firstly korang mestilah nak kena scan dokumen dulu kan. yang ni kalau korang ada printer, korang boleh scan pakai printer. but, aku tkde printer, so aku scan pakai phone sahaja. untuk ni. Korang boleh download apps dokumen scanner dekat Apps Store atau Play Store. Banyak je apps untuk scan dokumen kat Play Store tu, korang pilih je yang mana berkenan. Aku guna CamScanner.
ni logo dia kalau korang nak cari kat Play Store |
lepas korang dah save files ni barulah file tu akan ada dalam gallery atau storage phone korang. kalau tak dia still ada dalam apps tu je |
2. Tukar Format Image dan DOC kepada PDF
Yang ni sangat berguna sebenarnya. yelah kalau korang nak send email atau nak hantar assignment atau nak print something bolehlah tukar kepada format PDF dulu. Kenapa? aku pun tak tahu the particular reason why kebanyakannya orang guna PDF but i think PDF is the best formatlah kot untuk urusan-urusan macam ni. But untuk tukar kepada format PDF ni sangatlah senang. Tak perlu guna apps dan internet pun. Mula-mula buka image yang korang nak convert tu. Then tekan print.
pastikan dekat printer option tu MICROSOFT TO PDF |
There you go, nilah hasil dia. dah dapat dalam format PDF. |
3.Combine PDF Files
untuk yang ni korang kena ada internet tau. korang taip je combinepdf.com. ni link dia: https://combinepdf.com/
1. Tekan upload files. upload PDF files yang korang nak combine.
3. Bukak PDF Files yang dah dicombine. Siap!
tadaaa, inilah hasilnya |
4. Separate PDF files
manalah tahu korang tersalah combine kan, boleh je separate balik. Korang bukak PDF files tu, then tekan print.
1.Pastikan printer option microsoft to PDF dan dekat pages to print tu korang pilih page mana yang nak di print.
2. Then print, Siap!
Senang kan? Trust me, ilmu ni sangat berguna tau lagi-lagi masa korang kat universiti nanti. I hope this can help sesiapa yang dulunya macam aku, tak tahu apa-apa. so this is it, until we meet again! Bye!