Wednesday 22 November 2017

Review ANTI PIMPLE MARK GEL OXY

Assalamualaikum..

Hari ni aku rasa nak buat review penuh tentang produk yang aku guna untuk muka aku. Walaupun muka aku bukanlah flawless pun, tapi aku rasa nak share jugak macam mana produk yang aku guna ni baiki muka aku. Well, memang ada yang berkesan dan ada yang x berkesan. Tapi kali ni, aku nk review produk yang memang boleh dikatakan berkesan pada aku. Pada korang aku x tahulah ya..


Ha, inilah produk yang aku maksudkan tu. Dalam post yang lepas, aku ada cerita kenapa aku guna benda ni. Kalau x baca lagi, rajin-rajinlah baca ya. 

Maklumat asas

ANTI PIMPLE MARK GEL OXY ni aku beli dekat watson dengan harga RM13.90. Selain Watson, dekat Guardian atau farmasi macam Caring pun ada. Bagi aku dia memang berbaloi dan affordable. Gel dia pekat jadi lambat habis. Aku guna selama 2 bulan untuk satu tube padahal aku guna banyak kali jugak dlm sehari masa mula2 beli, ada la kot dalam 4 kali sehari. 




Tengok, saiz dia kecik je, tapi tahan lama tau. Kecil-kecil cili api.







Maklumat pasal gel ni semua ada pada kotak dia. Yang aku memang suka nk beli sebab dia ada effect whitening tu. Sebab tu aku pilih gel oxy berbanding yang lain.



Ha, yang ni aku baru nk bukak. Kat dalam dia siap tutup dengan kertas aluminium tu lagi. Barulah tak tumpah.. 


Gel dia transparent dan pekat. Bagi aku tekstur dia macam gam la. Bila pakai kat muka x nampak sangat cuma berkilat je sikit. Tapi ok la xdelah malu sangat nk pakai depan orang sbb aku dpn housemate pun aku malu nk pakai. Satu lagi yang aku suka pasal gel ni adalah sebab bau dia wangi. Xtau nak cakap wangi macam mana tapi aku suka la bau tu.

Cara Penggunaan

Mula-mula, ambil sikit letak kat hujung jari telunjuk. Sikit je tau. Lepas tu sapu la dekat tempat parut jerawat ke apa yang ada dekat muka tu. Lepas tu gosok dengan cara membulat suka hati koranglah ikut arah jam ke lawan arah jam supaya dia cepat meresap. Tali dia bukanlah macam toner atau serum yang meresap dalam kulit terus. Macam yang aku kata, dia akan nampak berkilat dekat permukaan kulit. Boleh dipakai sebelum pakai moisturizer. 
Kalau aku, pagi aku akan pakai sblm pakai moisturizer sblm perhi kelas. Malam pulak, aku akan pakai gel ni je. X pakai apa2 dh lepas tu. Kalau petang-petang ada masa free, aku pakai jugak.

Result

Aku dah guna gel ni dh lebih dua bulan. Overall, memang aku suka sangat. Dia memang membantu untuk kurangkan acne scars. Kesan dia dalam dua minggu dh boleh nampak.

Walaupun perubahan dia x ketara sangat, tapi aku memang boleh perasan yang parut tu makin pudar. Aku fikir kalau aku guna setahun dia boleh hilang sepenuhnya kot. Haha..

Ni pipi kanan aku. Yang banyak bintik hitam tu sebab dulu lepas spm aku pernah break out lps pakai produk safi.


Repurchase?

Semestinya! Produk ni memang banyak membantu aku. Aku akan teruskan guna produk ni sampai semua parut aku hilang. Aku rate produk ni 9/10.

Blog lain yang review


Disclaimer: Review yang Yuraa buat adalah jujur dan iklas dari pengalaman Yuraa sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.



No comments:

Post a Comment