Saturday 17 March 2018

Pengalaman Temuduga Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi

Hari ni aku rasa rajin sikit nak share pengalaman aku pergi temuduga untuk dapatkan biasiswa. Ini adalah first temuduga yang aku pergi.

  Firstly, aku dapat tawaran temuduga ni melalui email. Dalam bulan 4 macam tu. Dalam email tu dia dh bagi semua detail apa yang oerlu kita bawak, tempat temuduga, cara pemakaian dan tentatif temuduga. Satu lagi, masa tahun aku tu, dia dh naik taraf sikit sistem temuduga tu(tahun lepas2 x kena pun).Dia akan sediakan tujuh tajuk dan korang kena pilih dua daripada tujuh tajuk tu dan kena prepare diri untuk buat presentation pasal tajuk tu. Masa tu kitorang(aku dan kawan2 aku) x tau macam mana nk buat presentation sbb first time pergi temuduga, jadi kitorang tanya kaunselor kitorang. Dia suruh kami buat dalam kertas manila dan sedikan point yang sepatutnya. Kitorang pun ikut je.. tapi sebab tajuk yang diorang bagi tu agak susah(bagi kamila) dan banyak persediaan nk kena buat( sediakan dokumen itu ini) kami memang dh kesuntukan masa sampai pagi temuduga baru kitorang buat pasal soalan tu.( Kitorang sambung dalam kereta tau!) Kitorang just senaraikan isi penting(macam korang buat karangan tapi ambik main point je) dan buat dalam bentuk peta minda. Sebenaranya dia akn pilih random soalan mana untuk kita jawab dan sepatutnya setiap seorang kena prepare kedua2 tajuk. Tapi sebab kitorang dh kesuntukan masa masa tu, kitorang plan yg aku buat satu dan kawan aku tu buat satu. Jadi lah dua..haha.. jadi kitorang plan nanti nk temuduga pandai2lah kitorang tukar kertas tu. Lepas tu masa sampai dekat bangunan tu, kitorang nampak ramai la yg duduk kat lobi, kebanyakannya dengan parents. Aku lps abang aku hantar, aku dh suruh dia balik je. Kitorang pun tunggu je kat situ sampai org yg bertugas tu bawak kitorang naik lif. Kitorang pun start beratur untuk daftar. Lepas daftar, mereka akan bagi sampul coklat, untuk letak semua dokumen yang dia nak.( Padahal aku dh letak dlm sampul putih yg aku beli dah masa tu atas suruhan cikgu aku).

   Then, kami disuruh masuk ke dalam sebuah bilik. Dalm bilik tu, kami dengar ceramah pasal Yayasan Peneraju. Biasiswa yayasan peneraju ni ada banyak sebenarnya. Yang aku ingat Yayasan Peneraju Profesional untuk yang nk ambil akaun dan Yayasan Peneraju Tunas Potensi yang aku mintak tu. Dia cerita kebaikan dapat biasiswa tu dan macam macam lagi(aku x ingat dh)

   Ok, lepas tu, first assessment bermula. First assesment ni ujian bahasa inggeris iaitu dia nk uji tahap mana bahasa inggeris kita. Kalau x silap aku senior aku ada cakap yg ujian ni x effect markah temuduga pun sbb dia ujian ni hanya untuk bila kita diterima sbgai penerima biasiswa, kita akan ditentukan perlu masuk kelas khas bahasa inggeris ke tak. Kalau english kita rendah, kita terpaksa masuk kls English dia kalau x, x payah la. Soalan untuk essay tu dia akan paparkan dekat screen. Ada lbh kurang 6 atau 8 soalan(aku x ingat). Soalan dia kebanyakannya dia bagi quotes dan korang kena buat essay berdasarkan quotes tu. Oh, out of that 8 question, you guys have to choose ONE only. Pnjg essay dh ada pada soalan. Ok lps siap korang blh terus hantar.

   Next, korang dh boleh pergi makan dan minum. Dia ada sediakan kuih dan minuman. Masa tu aku x pergi makan sbb xde selera dan aku tgh fikir macam mana nk selesaikan essay tu. Lps dh tamat masa untuk jawab essay, interview pun start. Masa ni kitorang just tunggu dlm bilik tu sampai dia panggil nombor(nombor tu dia ada tulis dekat sampul surat). Disebabkan aku mmg dh last-masa dh, dan masa tu sesi kitorang dh nk habis. Maksudnya masa tu dlm pukul 10 sesi kedua start. Jadi ada org lain yg akan guna bilik tu. Kami yg tunggal beberapa kerat ni tepaksa la tunggu kat luar. Tapi kan masa ni dh xde org sangat dh jadi mana2 interviewer yg kosong tu akan panggil kitorang( x guna nombor dh).

    Jadi sampai la giliran aku. Firstly dia tanya nk english ke malay, aku pun jawab la English sbb aq dh prepare awal2 dlm english. Then he said "good!". Lps tu dia suruh describe yourself. Then aq cerita la latar belakang aku, parents aku, pendidikan apa semua. Lps tu baru dia tanya soalan apa kelemahan dan kelebihan, jawatan masa sekolah, kenapa mintak biasiswa ni dan so on.. then lps habis sesi temuduga kena buat presentation pulak. Ingat tak kertas manila yang aku bawak? Ha yang tu la yang aku guna. Dia suruh aku pilih sendiri tajuk yang aku nk present sbb dia kata di malas pilih sbb dh lewat. Lps dh pilih aku present je la apa yg aku tulis. Then, dh selesai semua dia tanya aku ada apa2 soalan tak nk tanya? As he said anything, aku pun dgn bangangnya pergi tanya, "what do you think of my interview?" Kenapa bangang, sbb dia gelak then cakap mana boleh bagitau. Tp lps tu dia cakap jugak yg dia kata i'm quite good sbb ada matlamat yg jelas knp mintak biasiswa tp dia cakap yg keputusan akhir bukan dia yang tentukan. Orang atas yg tentukan jadi apa2 kena redha la. Ok lps tu settle semuanya. Lps kawan aku pun dh siap, kami pun balik. So kitorang tunggu je result.

    Masa tu kami pergi interview dlm bulan 4 dan keputusan dia kata akan maklumkan melalui email. Dan sampai aku masuk asasi bukan 5 tu pun dia masih x cakap apa2. Jadi aku pun reda la yg aku x dapat biasiswa tu. Tp masa bulan 7 tak silap, pihak biasiswa call aku cakap yang aku x dapt biasiswa tu tapi aku akan dpt dermasiswa. Dermasiswa ni dia akan bagi duit sekali sahaja. Yang peneraju ni dia cakap akan bagi rm1500. Tapi untuk dpt duit tu, ada syarat2 dia. Ok lps tu aku pun dpt e-mail dari yayasan peneraju. Di cakap kalau nk dpt duit tu aku kena masuk program dia iaitu 'ENGLISH PREPARATORY PROGRAMME'.  Program tu adalah kursus bahasa inggeris yang diadakan dalm tempoh maksimum selama sebulan.

   Kesimpulannya kat sini, aku mungkin x dpt biasiswa tu, tp at least aku dpt dermasiswa. Jadi memang x rugi pun kalau pergi interview tu sbnrnya. At least kita try dan cari pengalaman. So aku pun nk suggest kt korang yg nk apply biasiswa, apply sebanyak mungkin, pergi setiap intervuew dan jangan sedih kalau x dpt. Sekurang-kurangnya kita dapat pengalaman..  ok itu sahaja dari your senior(cehh). Bye..

P/s:entry ni dh berhabuk dlm draft. Hari ni baru dpt siapkan.. 😌

No comments:

Post a Comment