Monday 4 May 2020

HUION H640P DRAWING TABLET REVIEW (Selepas setahun)


                Hello Earthlings sekalian~ Dah setahun lebih ya aku tak update blog. Semalam baru teringat yang aku rupa-rupanya aku ada blog. Hihi. Tapi tak tahulah kenapa idea nk buat entry ni datang at the worst time. Aku dahla banyak assignment, test lagi projek lagi haish. Tapi tulah aku rasa nak tulis jugak entry ni.

                So sekarang aku nak update tentang my HUION DRAWING TABLET. Aku pernah post pasal unboxing tablet tu tahun lepas ( Here ). So, since dah setahun aku guna, aku rasa nk review sikit mcm mna keadaan dan penggunaannya sekarang ^^.

                First of all, aku nak bagitahu yang keadaan tablet tu sekarang adalah SANGAT BAIK. Walaupun dah setahun aku guna, tablet ni masih berfungsi dengan baik, tak rosak dan langsung takde masalah. Semua butang dekat tablet tu masih berfungsi dengan baik. Bila aku melukis pun langsung tkde masalah. Tak major calar jugak dekat tablet ni. Still smooth untuk melukis. Pen tablet ni pun masih okay tak rosak pun. And walaupun dah setahun, aku tak pernah ganti nibs dia^^. So, aku boleh simpulkan yang tablet ni sangat berbaloi beli sebab yelah murahkan.









                So, ada masalah apa2 tak sepanjang aku guna tablet ni. Jawapannya TIDAK! Yes aku langsung tkde masalah guna tablet ni. Tapi dulu pernah masa awal aku guna tablet ni dengan photoshop. Butang yang atas sekali tu aku setkan untuk ‘flip canvas’. Tapisetelah beberapa minit melukis dekat photoshop, button tu bila aku tekan dah tak jadi. Means aku dh tak boleh flip canvas. Aku ingt ada masalah dkt tablet ni. Tapi bila aku check, rupa-rupanya aku kena setting balik dekat photoshop tu. Oh and one more thing, pernah jugak la bla aku tekan butang ‘flip canvas’ tu dia tk berfungsi so aku tekan bnyk kali. Then dia terus flip canvas bnyk kali. Maknanya dia just lmbt sikit je but it is not really a problem to me. Bila dh biasa guna dia okay je.

                Last and but not least, pernah tak aku rasa menyesal beli tablet ni? NEVER EVER! Tablet ni sangat berbaloi. Harga murah, fungsi okay dan still bertahan walaupun dah setahun. Aku takde niat lagi setakat ni nak tukar kepada yang lain. Yelah, sebab aku bukannya melukis secara professional pun. So, kalau korang nk pakai tablet yang bagus dan murah, do buy this one. Highly recommended!  
                Here are some of my projects using this tablet. Do follow my instagram (username: yuraa_universe) to see more XD.