Wednesday 4 January 2023

Perkongsian Pendapat Tentang Blogger/ Content Creator

Hallooo~

Tengah bosan-bosan buat kerja kat office ni tiba-tiba teringat yang kita ni ada blog jadi jengukla kejap. Last entry 2 tahun lepas fuh! Dah lama betul, dari zaman degree sekarang dah kerja yang kedua dah pun. Jadi aku saja tulis entry ni balik sebab yela kalau ada masa, ingat sekali-sekala nak la update blog ni.

Sekarang umur pun dah 23, terlalu banyak benda yang jadi yang rasanya boleh nak record. Aku kadang-kadang terfikir, ruginya kalau benda yang kita tahu, benda yang kita alami, kita tak share. Sekarang banyak platform social media, bukan blog je yang orang guna untuk share ilmu atau buat content. Sekarang zaman video, tiktok jadi ramai orang buat vlog. Tapi untuk aku yang tak suka nak tunjuk muka, tak reti bercakap dan tak pandai edit video ni, menulis adalah salah satu cara yang paling senang untuk kita share apa-apa kepada orang ramai.

Content Creators
Beberapa hari lepas ada terbaca satu tweet dekat twitter, pasal contect creator di Malaysia ni yang selalu kita jumpa adalah review makanan, makeup, prank orang dan holiday vlog. Ada je content yang lain, tapi tulah, tak popular. Aku pun terdetik yang setiap orang ada content (lebih kepada kongsi ilmu) yang kita boleh buat, walau sekecil-kecil ilmu pun kita boleh kongsi. Aku selalu jugak nak cari maklumat/ tutorial apa-apa susah nak jumpa. Sebab orang yang kongsi sangatlah sikit. Contohnya dulu aku pernah cari  cara nak split order shopee (dekat page shopee memang ada tapi aku nak yang detailed punya orang pernah buat), susah sangat nak jumpa, kat twitter, kat youtube semua takde. Last-last terjumpa ada  orang share dekat group 'Cara Meniaga  Shopee' dekat Facebook. Bersyukurnya time tu finally ada jugak orang pernah share cara dia buat. Walaupun benda tu kecil, tapi orang tetap akan hargai ilmu yang kita kongsi walaupun takde likes atau komen, kita still guna ilmu tu senyap-senyap.

Penulisan vs Video
Satu lagi perkara yang aku nak sentuh kat sini ialah penulisan VS video. Orang selalu sebut tentang 'Content Creators' which is more kepada kita buat video. Dalam konteks aku sendiri pulak, dalam bab kongsi ilmu ni, boleh dua-dua cara. Video atau tulisan. Kalau aku aku prefer tulisan macam blog, twitter dan facebook. Sebab aku tak suka buang masa tengok video. Yelah kalau tengok youtube tentang review barang kan, reviewnya sikit je tapi videonya panjang meleret. Ada je video yang direct terus informative tapi susah nak cari. Jadi aku prefer untuk baca je. Bukan tak layan video ada je yg aku suka, mungkin kena tengok konteks jugak, kalau review phone, laptop dan kereta aku tengok jugak youtube tapi kena cari yang tak meleret-leret la.

Blog
Dengan adanya pelbagai platform media sosial seperti twitter, instagram, tiktok, youtube dan facebook, blog memang dah tak popular dah sekarang. Blogger yang famous-famous zaman dulu pun dah jarang kita dengar. Sekarang, ramai 'influencers' atau 'content creators' yang mendominasi alam maya. Ada juga bloggers yang dah bertukar platform, untuk menarik lebih ramai audiens. Semua tu bagi aku perkara biasa, kemajuan teknologilah punca. Bagus sebab audiens kita lebih ramai. Aku pun suka je baca twitter dan layan tiktok. Untuk blog, sejujurnya aku masih suka baca. Sebab dulu-dulu jarang share review yang jujur  dan tak banyak paid review mcm sekarang. And paling penting senang cari. Google je. Kalau kata kunci kita taip tu ada dlm blog tersebut, terus jumpa  apa yang kita nak. Tak perlu lah nak buka apps-apps lain tu. Penulisan di blog pulak padat dan informative. Kita boleh huraikan dengan panjang lebar apa yang kita nak bagitahu. Kalau tiktok dan twitter tu, kita akn cuba buat seringkas yang boleh asalkan sampai. Jadi, bagi aku, blog masih releven sebagai platform perkongsian ilmu pada zaman sekarang. Tapi sedih jugakla sebab dah tak ramai yang baca blog sekarang.

Kesimpulannya, kalau ada ilmu yang kita tahu, aku sangat galakkan orang kongsi kat mana-mana platform. Orang lain yang nak tahu, dia kan cari, baca dan tengok. Takdela penat nak tanya orang je setiap kali kan. Insyaallah kalau ada masa terluang aku pun akan cuba untuk rajinkan diri balik buat blog. Mana tahu ilmu yang aku kongsi bermanfaat untuk orang lain.