Wednesday 15 February 2023

Pengalaman Membeli Kereta Proton 2023

 Assalamualaikum semua.. Harini aku nak share pengalaman aku beli kereta Proton pada tahun 2023 iaitu tahun ni. Sebenarnya masa aku mula-mula tulis entry ni, aku tak dapat lagi pun kereta, tapi aku nak cerita dari awal sebelum aku lupa.

 

Ok, first sekali aku cerita sikit latar belakang aku dan kenapa aku nak beli kereta. Aku baru habis belajar tahun 2022, dan skrg dh almost setahun aku start kerja. Aku tak tahu nak consider aku fresh grad atau tak, aku dh kerja almost setahun tapi aku tak convo lagi (biasalah UiTM). Masa awal start kerja, of course la ada fikir nak beli kereta, tapi masa tu aku tak terdesak sangat pun. Time tu aku pergi kerja naik public transport. Banyak jugak la habis dalam sebulan time tu (almost RM500 untuk grab dan ERL). Sembang2 dengan member dia cakap dh klau RM500, sama je dgn bayar harga kereta bulan-bulan. At least kalau beli kereta, bayar RM500 sebulan, still dapat kereta. Ni naik public transport burn jela duit tu. Tapi aku redha je sebab aku pun baru kerja, nk kumpul duit dulu and aku tk berani nk bawak kereta dkt luar negeri ni.


Lepas tu masuk bulan ke-4 kerja, aku ditukarkan tempat kerja. Aku cari rumah dekat dgn tempat kerja tapi still lah kalau hari-hari naik grab, pokailah aku kan (grab RM7 -RM16 aku pernah dapat). Dahla time ni kerja shift, balik malam memang takdela  nak naik grab. Aku tumpang member time ni kalau shift sama. Masa ni memang rasa nak sangat beli kereta. Penat susahkan orang ni. Yela kalau aku balik pukul 11 malam, kawan aku dah tidur dah time tu, aku terpaksa jugak call mintak ambikkan (Kawan aku okay je tapi kita la rasa segan).


Ok then last sekali aku decide untuk tukar kerja je daripada beli kereta. Tak sangguplah nk kerja shift time tu. Nak beli kereta tak cukup duit lagi. So lepas dh tukar kerja baru, aku dgn roomate dpt kerja tempt sama,  office hour. So hari-hari kitorang carpool. Time ni dah selesa sikit so terus rasa tak perlulah beli kereta. Jimat pun jimat. Bulan-bulan aku bayar je separuh dari harga minyak, parking dan toll. Cuma dia rasa macam ni bila dah lama-lama, kereta tu tak perlu bila aku ada member. 


Tapi aku rasa kereta tu perlu bila aku ada situasi macam ni: 

1) Time dia kena pergi meeting luar, dia MC, dia AL, time tu baru gelabah nk pergi kerja naik apa. Tempat kerja baru ni jauh dari rumah, kalau naik grab, maunya RM50 satu trip. Memang idoklerr kitee. 

2) Satu lagi time weekend, of course aku pun nak berjalan time weekend. Biasanya aku ikut je roomate aku keluar time weekend. Tapi kalau dia keluar dengan kawan-kawan dia, aku tak ikutlah. Kadang-kadang kalau nak keluar aku naik je grab, takpun duduk jelah rumah. Jimatt. Aku pernah 3 hari cuti weekend langsung tak keluar rumah. Bosannya Tuhan je tahuu. Kalau ada kereta kan senang, bolehla call member "Hello, nak keluar tak, jom aku bawak!". Ha kan best tuu.

3) Nak balik kampung. aku biasanya balik naik bas je. Aku tak kisah sangat pun yg ni. Cuma kadang-kadang rasa bestnya kalau awak mak berjalan naik kereta baru.. Kereta ada je kat rumah tapi yelah Kancil tahun 2000 boleh pergi jauh mana jee. Itu pun salah satu sebab aku nak kereta. 

4) Ok yang ni sebab aku paling rasa desperate nak kereta. Kakak aku dh start datang Selangor dalam bulan 11 2022 time ni. Dia nak kerja sini. Dia takde kenderaan. Since aku dah kerja dulu, aku lagi senang nak beli kereta and simpanan aku pun dah cukup time ni untuk beli kereta yang aku nak. So aku fikir, aku nak beli kereta then bagi dia pakai pergi kerja. Aku boleh pergi kerja dengan member aku. Kalau weekend kitorang boleh keluar sama-sama. Nak balik kampung boleh balik sama-sama naik kereta. So senang kan? Itu yang aku fikir so aku terus survey and cari dealer kereta yang sesuai time tu jugak.


Dalam tengah bulan 12 camtu aku dh start whatsapp2 Sales Advisor (SA) yang jual Proton. Time tu survey-suvey lagi. Cari nombor kat website ataupun FB je sebab malas nak pergi showroom. Kawan aku dulu pun beli tkde pergi showroom pun so aku percaya je. Lagipun sebab aku memang dah tahu nak kereta apa, so aku malas nk pergi test drive ke apa. Terus je contact diorang cakap nak Proton Saga Premium.  Dorang biasanya akan tanya gaji basic, gaji bersih dan mintak send dokumen-dokumen untuk submit loan. Masa awal-awal tu, sebab aku still tengah survey aku takde pun bagi dokumen yang dorang mintak. Aku just cakap 'saya nak tanya-tanya dulu' atau 'saya tengah survey nak kereta apa'.


Bagi aku, contact dengan SA ni agak scary jugala sebab baru je tanya-tanya, terus mintak kita send dokumen. Semua SA aku tanya, semua macam tu. Nak tanya lebih-lebih pun takut.  Baru aku tahu yang beli kereta ni tak sama ya macam beli baju online. Aku takut bila dah send dia anggap kita terus jadi nak beli dengan dia. Tu yang aku tak send pun. Finally, aku pun hantar dokumen pada 21 Disember 2022 untuk dia submit loan. Aku pilih nak kereta Proton Saga Premium AT. Ok so pastu kita tunggu jelah.  


Btw, antara dokumen yang dia minta termasuklah;

1. Softcopy IC dan lesen

2. Payslip 3 bulan

3. EPF statement

4. Bank statement 3 bulan

5. Offer letter

6. Apa-apa bill


Lepas SA dh submit dokumen kita dekat bank, bank akan contact kita melalui call, whatsapp dan mesej biasa. Masa tu kena rajin-rajinkanlah angkat call daripada nombor yang tak dikenali ya. Jangan ingat scammer pulak. Then, pada 26/12/2022, CIMB dah luluskan loan aku. Masa tu aku minta yang 10% downpayment. Rate yang aku dapat 3.69% (fixed rate). Bulanan lebih kurang dalam RM478. Masa tu aku reject sebab aku rasa mahal. Aku cakap nak tunggu bank lain. Oklah tunggu lagi dapat RHB Bank pulak. Masa ni dapat variable rate, bulanan RM461. Untuk makluman korang, variable rate ni akan berubah mengikut OPR. Aku dah saksikan kawan aku sakit hati setiap kali OPR naik, sebab loan kereta dia pun naik, so aku taknak la yang tu. Aku reject jugak, tunggu lagi bank lain. 


Dalam masa tu, aku punya SA memang hantar banyak jugak kat bank lain seperti Bank Rakyat, Ambank, Maybank dll. Dapat feedback dari setiap bank, banyak yang tak lepas. Maybank dan Public Bank nak guarantor. Bank Rakyat tak lepas. Aku dah nak give up time ni sebenarnya. Ingat nak proceed je dengan CIMB. Sampaila satu hari, pada 9/2, SA aku bagitau yang BSN dah lepas. Bersyukurnya rasa, berbaloi jugak aku tunggu dh nk dekat 2 bulan. Aku tanya SA aku jumlah loan berapa etc and dia cakap banker akan call. Lps dh almost seminggu tkde orang call pun so aku whatsapp balik SA cakap tkde yg call pun. Lps tu dia mintak aku pergi bank BSN untuk sign agreement. Ok masa ni geram sikit sbb aku tak tahu pun details loan aku. Tapi aku dah tahap redha dah masa ni asal dapat kereta.


Then aku pergilah BSN dkt Shah Alam untuk sign aggreement loan tu pada 15/2 iaitu harini. Banker explain dkt aku kadar loan dan insurans. Aku gembira jugak la yg interest rate aku dapat tu rendah dari yang aku expect iaitu 3.2% fixed rate. Bulanan aku hanya perlu bayar RM463. Ada lagi details yg lain tapi aku lupa sbb tadi pun laju2 je aku sign dokumen tu. Kena sign setiap helai tau. Pasal insurans pulak aku dpt dari Takaful Malaysia. Aku kena bayar RM200++ one off . Dia kata nnti aku just perlu transfer je kt bank amaun tu sebelum dpt kereta. Ok then selesai. Sekarang aku just perlu tunggu la kereta aku sedia. SA aku cakap 1-2 bulan. sempat dpt sblm raya so aku akan teruskan bersabar.


Ok tu je yg aku boleh cerita skrg. Nanti hal-hal lain aku akan cerita kemudian slps dpt kereta. Bye!


UPDATE: Aku dah dapat kereta pada 1/3 haritu. Agak laju kan?


Kesimpulannya,

21/12/22: Hantar dokumen dan sumbit loan

26/12/22: Lulus loan CIMB

9/2/23: Lulus loan BSN

25/2/23: SA bagitau kereta dh ada dan pilih no plat

27/2/23: Bayar deposit

28/2/23: Daftar kereta

1/3/23: SA hantar kereta