Thursday 9 March 2023

Pengalaman Tak Best masa Beli Kereta Proton Saga 1.3L Premium AT 2023

 So, aku dah cerita proses aku beli kereta dalam post sebelum ni (Sini). Proses dari aku mula booking kereta sehingga dapat kereta. Aku terfikir nak buat post ni lepas seminggu aku dah pakai kereta tu. Sebenarnya post ni bukanlah aku nak review pasal kereta sangat. Aku nak buat review tapi mungkin dalam post lain. Aku cuma nak ceritakan apa yg aku rasa sepanjang beli kereta first aku ni.


    Pertama sekali, perkara yang aku rasa tak best bila nak beli kereta ni adalah bila first time aku deal dengan SA. Tbh, aku rasa salah aku jgk sbb cari SA online je kan, aku mmg deal dkt whatsapp je semua. Aku macam agak kecewa sebab ni first time aku nak beli kereta, and dorang takde nak guide apa pun. Aku dah cakap aku fresh grad, baru first time nak beli kereta, dorang takde pun explain apa2, terus mintak dokumen untuk submit loan. Memangla dorang ada cakap nak submit loan kat bank mana apa semua tapi entahla aku rasa tak cukup pun info yang dorang bagi. Dorang takde pun tanya aku nak pakai skim graduan tak, nk pakai guarantor ke tak, pasal fixed dan variable rate, explain pasal setiap varians kereta ke. MEMANG TAKDE. Kesudahannya aku mmg submit loan gitu je. Mungkin aku expect lebih kot. Yela kalau beli baju ke skincare ke, seller kan layan kita baik je. Explain semua pasal produk dorang. Beli kereta tak macam tu ya tuan-tuan. Korang memang dah kena tahu apa yang korang nak and mmg tinggal bagi dokumen je supaya SA boleh submit loan untuk korang. Tbh, aku suggest kalau korang nak beli kereta, better pergi showroom terus. Tanya depan-depan apa yang korang nak tahu pasal kereta and loan. 

    Next, cara SA buat kerja. Ya aku memang banyak betul nak compain pasal SA aku ni. Kan dia cakap nk apply loan aku dkt CIMB and maybank kan. Betullah yang dia buat. Aku dah lulus dah loan CIMB tapi sbb tinggi ratenya, aku tolak. And dia cakap nak apply dkt bank lain. Ok. Tapi aku tak faham kenapa dia tak cuba untuk submit loan aku dkt semua bank terus so that aku boleh pilih loan yg aku nak. Mungkin submit loan tak semudah yang aku sangka, tapi aku harap SA aku lebih berusaha untuk dapatkan loan yg terbaik untuk customer dia. Aku tak nampak pun dia punya usaha nak tolong aku dptkan loan yg murah. Bila aku cakap aku taknak, aku nak tunggu, baru dia proceed apply kat bank lain. kalau dia apply kt bank lain tu awal2, mungkin loan aku dah lulus awal kot? Entahla, kalau SA baca ni, boleh tak cerita mcam mana cara korang submit loan sebab aku nak faham dari sisi korang jugak.

    Finally dah dapat kereta kan. SA aku janji nak bagi aku free gift; beg gift proton, dook visor, minyak full tank dan voucher tinted. At first aku cakap nak pergi showroom untuk ambil kereta tapi dia cakap showroom dah penuh so dia akan hantar kereta kat office aku. Dia pun datang hantar kereta time tu. Dia cakap dia tertinggal beg gift so esok dia akan dtg hntr beg gift. Masa nak balik rumah, aku pun perasan jugak minyak dia bagi tak full tank pun. Hmm tapi malasla nak sebut biarlah. Esoknya dia dtg (tu pun lepas aku whatsapp) hantar bag gift yang ada steering lock, keychain, payung proton, kain lap, pewangi kereta, pen, sticky pad dan reflective sun shade. Dia ada bagi voucher tinted jugak time tu. Aku tanya door visor takde ke? Dia cakap dia lupa so dia kata esok nak datang lagi. Ok esoknya aku dh tunggu smpai pukul 5 petang still tak datang so aku whatsapp lagi tanya. Dia suka hati je cakap tak jadi datang, suruh aku beli shopee, nanti dia bayarkan. I was like WHATT?? Dahla asyik orang kena whatsapp dia, dah tunggu takde khabar berita tiba-tiba dia cakap camtu je. Hahahhah penat nak marah. Lastly aku reply OK je. 

    Esoknya weekend, aku pergi beli sendiri door visor tu kat kedai car accessories. Aku cakap nk beli kedai sbb nak pasang terus. Aku tak reti pasang sendiri. Dia tanyala harga berapa, dia cakap biasa dia beli RM55 je. Harga kat kedai RM98 tapi aku cakap, "takpe, akak bayar je RM55 kat saya, tapi sy beli sendiri kat kedai siap pasang". Dia cakap okay dan minta no akaun aku. Masalahnya sampai malam aku dok tunggu dia transfer duit tu langsung dia tak transfer okay! Katanya busy nak deliver kereta, okay aku fahamla tapi masalahnya sampai sekarang dia palau aku hahahaha. Ya Allah sumpah aku rasa aku ni kena tipu. Dia still hutang RM55 kat aku tauu. Whatsapp aku pun dia tak baca. Last aku whatsapp 8/3, cakap aku halalkan je RM55 tu. Yela susah sangat nak bayarkan. tapi sudahnya dia mmg taknak bayar la tu. Aku dah cukup baik tak sebut pasal minyak tu tau. Tapi dibuatnya kita gini. Sakit hati.

    Then, next problem is pasal tinted. Kan aku dapat voucher dari SA aku tu. Voucher tinted  dari Raytech berjumlah RM350. Aku pergi kedai tu dekat Glenmarie dia cakap camni "Sebenarnya voucher awak tu dah tak boleh pakai, tapi kami ada voucher lain jumlah RM500 yang kamu boleh pakai". Ha Lebih kurang camtula ayat dia. So dia explain la jenis2 tinted yg ada. tapi dia suggest antara 2 je dekat aku. Yang harga RM500 dan harga RM600 (selepas dh guna voucher). Aku dh lupa detal pasal RM500 tu tapi tkde beza sgt pun rasanya dgn RM600 tu. RM600 tu ada security (cermin tak pecah terus bila kena pecah) and heat resistant dia 65%. Gelap tu aku ikut spec JPJ je. Depan 30%, cermin sisi 50% dan cermin belakang 80%. Ada yang lagi murah RM300++ yang tkde heat resistant, so dia sekadar gelap la. And ada je yang lagi mahal harga asal RM2000++ ada warranty 7 tahun. Tapi yang aku nak cerita kat sini yang tak bestnya adalah yang aku tak tahu apa2 pasal tinted ni. Aku kadang2 rasa aku kena tipu jgk pasal tinted ni hahaha. Entah2 padahal harga dia mmg RM500-RM600 camtu, dia collab dgn SA so kata kita ni dapat voucher so kita kena pergi buat dekat kedai dia. Itula aku dah rasa dah sebelum buat tu sbb kawan aku kena benda yang sama cuma kedai dan jenama lain. Tapi sebab aku ni kurang cerdik, malas nak survey and malas nak tanya orang, so aku redha je buat je kat kedai tu. So tips dari aku, kalau dapat voucher tu, korang jangan terus pergi buat, cuba pergi survey beberapa kedai. Entah2 dapat yg lagi elok dgn harga yg sama dekat kedai lain.

    Last but not least, pengalaman tak best aku mestilah pasal kereta. Pada hari ke-3 aku dapat kereta, aku first time bawak pergi kerja and malam tu aku drive pergi Putrajaya dalam keadaan hujan lebat. Masa nk balik dari Putrajaya, abang aku yang drive sbb aku takut nak drive time hujan lebat macam tu. Abang aku tegur kenapa lampu handbrake pada meter kereta tu nyala. Padahal kereta tengah jalan kot. Satu lagi lampu TCS (Traction Control System) pun nyala jugak. Memang la aku ada sentuh sblm ni tapi dia tak sepatutnya nyala. Bila aku tekan nak OFF, dia still macam tu. So weekend tu aku drive je and benda tu tak elok pun. Aku tanya dlm group FB pasal problem tu. Ada yg cakap dorang pernah kena sebab langgar lopak air time hujan. So mungkin tu la sebab benda tu jadi sebab aku pun jaddi lepas bawak time hujan lebat. Hari isnin aku terus hantar pergi SC supaya dorang check and now dah okay. BTW, sebenarnya aku nak hantar SC dkt dgn tempat kerja aku tapi dorang taknak accept sbb kereta ni baru dapat. Dorang suruh hantar tempat aku beli. Nasib baikla dekat jugak so aku pergi time lunch hour and dapat siap sebelum aku balik kerja jugak.



1) Lampu Handbrake, 5) Lampu TCS

Lampu Handrake dan TCS menyala walaupun kereta dah turun handbrake



Ok, begitula antara pengalaman tak best aku samasa dan lepas beli kereta dari Proton ni. Kalau aku boleh bagi tips dekat orang yang baru nak beli kereta, aku akan cakap benda ni:

1. Nak beli kereta, pergi showroom terus, tengok depan mata, varians tu ada tak benda yang korang nak. tak booking terus pun takpe. Kalau dah decide nak yg mana, boleh je contact mana-mana SA yang korang nak. Kalau ada kawan yg ada kereta tu, boleh cuba tengok dan drive kereta dia, tanya-tanya. Kalau korang rasa kereta tu perfect, okay dgn apa yang korang nak, boleh proceed. 

2. Tanya SA, nak submit loan bank mana. Kalau korang tahu ada bank yang boleh bagi murah, suggest dekat SA untuk hantar ke bank tu. Kalau fresh grad, cuba tanya pasal skim graduan. Kalau korang rasa rate yg dapat tinggi, tak salah pun nak tunggu bank lain.

3. Kena tahu loan korang tu Fixed Rate ke Variable Rate. Aku beruntung time ni sebab kawan aku yang dah beli kereta bagitau aku pasal ni. Dia dapat rate murah, tapi variable. So, setiap kali OPR naik, makin banyakla korang kena bayar ansuran bulanan kereta. Fixed rate tinggi sikit, tapi takkan berupah walaupun OPR naik.

4. Cari SA yang boleh bagi banyak free gift. Bagi aku penting jugak. Korang boleh jimat banyak dgn free gift yang dorang bagi. Kawan aku dulu dapat car mat, door visor dan tinted. Banyak tu. Aku beli door visor dan car mat pun dah RM200++. Lagi bagus kalau dapat yang boleh bagi tinted siap pasang.Ada je cuma kena pandai cari.

5. Kalau nak beli car accessories pun korang pergila survey beberapa kedai ya. Aku beli car mat survey 2 kedai je. Jauh betul harga. Kedai 1: RM160, kedai 2: RM148 (dapat RM140). Tu dah jimat RM20. Nak beli shopee pun okay je, banyak yang murah cuma 'Buy At Your Own Risk' la. Takut nipis ke, ukuran tak sama, susah jugak. Kat kedai, siap potong depan mata, siap pasang. Cuma aku beli Boot Tray je dekat Shopee sebab malas dah nak pergi kedai.

6. Join Group Facebook. Ya aku ni boleh dikatakn agak oldschool sebab still guna facebook. Facebook ni sangat berguna tau untuk korang tanya2 soalan dll. Korang join je group jenis kereta korang so that boleh tanya dan baca apa-apa pasal kereta kat situ.  Aku join je group PROTON SAGA MC2 MALAYSIA. Kat situ dorang cerita macam-macam pasal loan, masalah kereta dll. Joinla korang takkan menyesal.


Itu sajalah kot dari aku. Aku puas okay je dgn pembelian aku. Cuma yelah, adala rasa sikit nk marah, kecewa jgk masa awal-awal. Nanti aku cuba buat review pasal kereta aku pulak.  Adalah Pro and Cons dia. Ok then bye!