Monday 29 January 2024

Pengalaman Pertama Kali Pakai iPhone dari Android- iPhone 15 Pro 2024

Hi! sebagaimana tajuk, begitulah ceritanya. Aku nak cerita pasal aku baru beli iphone 15 Pro and nak cerita best ke tak pakai phone ni.




Ok aku beli Phone tu masa CNY Sale, 17/1/2024 camtu aku order then dah sampai pada 22/1/2024. Aku beli dekat Shopee Official Shop Switch. Aku memang dah lama nak beli Iphone sebab utamanya adalah camera lawa, then saiz compact(sekarang pakai Redmi saiz 6.8inch) and design pun cantik. Alang-alang tahun lepas aku dapat banyak claim sebab outstation, jadi aku pun nak belilah benda mahal sikit. Firstly aku excited gila masa beli, yelah phone idaman kan. Aku order sekali dengan adapter original Apple dan casing sekali tapi beli dekat kedai lain-lain. 

So phone dah sampai, aku excitedla buat unboxing apa semua sebab beli online kan jadi kalau ada rosak at least ada bukti. Aku tak pernah pakai Iphone seumur hidup, pernah guna pun abang atau kawan punya setakat pinjam nak ambil gambar je.  Aku try la godek-godek phone tu sebab memang lain sangat kan dengan phone android aku sebelum ni. Lepas beberapa jam godek-godek, belek-belek apa semua rasa excited aku makin hilang... Sebabnya aku rasa iphone ni aku rasa banyak feature yang kurang dari android aku. ok kat sini aku cuba senaraikanlah apa yang aku rasa kurang suka dengan iphone ni.

1. Face ID. Disebabkan aku dah biasa pakai fingerprint id dekat redmi, jadi aku kurang suka pakai face id ni. yela kalau nk guna phone kena angkat dulu betul2 bagi detect muka baru unlock. kalau fingerprint kau letak jari dah boleh buka, so easyy.Lagi-lagi aku pakai spek. kena buat dua face id.  time aku tidur sikit, tak detect. macam2lah. Entahlah aku akan cuba la biasakan diri dengan pakai feature baru ni

2. Homescreen customization. Ya aku selalu dengar yang iphone ni customization dia ke laut sikit. kalau suka customize, better guna android. tapi tak sangka pulak susah sangat. Widget semua kecik-kecik. Kalendar yang boleh muat 1 skrin pun takde. Aku malas nk download apps widget sbb dekat redmi aku elok je pakai apps sedia ada. Pastu bawah setiap widget tu ada nama. Apoooo noob betul. Ni aku dah giveup nak try macam-macam so aku biar jelah.

3. Tak ada back button. Aku kan tukar ke iphone sebab nak cari yang saiz kecik, yang aku boleh guna 1 tangan je. tapi kalau takde back button dekat bawah, susah jugak nak guna 1 tangan je. kena capai button back setiap apps tu dekat atas.

4. Clear running apps satu-satu. Aku malas nak komen banyak yelah aku just boleh compare je dengan phone android senang nk tutup semua apps, tutup je semua terus (clear ram). 

5. Tak ada dual apps. Aku takde la pakai sangat feature ni. cuma kalau ada kan bagus. aku pakai benda ni untuk shopee sebab aku ada 2 akaun. 1 untuk niaga 1 untuk beli barang sendiri. sekarang dah takde susah lak ye nk kena buka dekat google utk login 1 lagi akaun.

6. Keyboard takde shortcut untuk simbol/punctuation. Aku dah try download microsoft swiftkey pun still takde benda ni sedangkan dekat redmi aku elok je keyboard tu ada simbol/punctuation dekat setiap keyboard. Senang sikit nak taip boleh long-press kalau nk guna nombor ke simbol apa-apa.

7. Photo album tak sort ikut sumber gambar (tak semua). Contoh kalau screenshot dia still masuk dalam album 'recents' je. Aku tahu dia asing under media type. Tapi album tak. kecuali kalau kau guna apps untuk ambil gambar. Aku guna instagram baru dia masuk album instagram. Dia menyusahkan sebab aku backup gambar aku dekat google photos. aku nk buat auto backup tapi takkanlah nak simpan jugak screenshot2 yang useless tu adoiii. So sekarang aku offkan dulu auto backup tu. Mungkin nanti aku onkan balik. Tengoklah macam mana.

8. Calculator dia bagi sangat basic ya. takde history, takde kalkulator scientific. Ni aku download je apps calculator yang lain.

Ok setakat lebuh kurang seminggu aku guna phone ni, ni lah yang aku perasan. Oh dan satu lagi masalah yang aku hadapi sekarang is overheating aku rasa. Aku baru guna phone tu kejap bukak banyak apps sebab nak setting apa semua kan pastu dah panas dah. Hmm takde la heavy pun aku guna. Bukan aku main game pun tapi dah panas macam ni. Risau betullah. Aku akan cuba bertahan pakai phone ni dulu and tengok macam mana dulu. Bye!




No comments:

Post a Comment