Wednesday, 4 January 2023

Perkongsian Pendapat Tentang Blogger/ Content Creator

Hallooo~

Tengah bosan-bosan buat kerja kat office ni tiba-tiba teringat yang kita ni ada blog jadi jengukla kejap. Last entry 2 tahun lepas fuh! Dah lama betul, dari zaman degree sekarang dah kerja yang kedua dah pun. Jadi aku saja tulis entry ni balik sebab yela kalau ada masa, ingat sekali-sekala nak la update blog ni.

Sekarang umur pun dah 23, terlalu banyak benda yang jadi yang rasanya boleh nak record. Aku kadang-kadang terfikir, ruginya kalau benda yang kita tahu, benda yang kita alami, kita tak share. Sekarang banyak platform social media, bukan blog je yang orang guna untuk share ilmu atau buat content. Sekarang zaman video, tiktok jadi ramai orang buat vlog. Tapi untuk aku yang tak suka nak tunjuk muka, tak reti bercakap dan tak pandai edit video ni, menulis adalah salah satu cara yang paling senang untuk kita share apa-apa kepada orang ramai.

Content Creators
Beberapa hari lepas ada terbaca satu tweet dekat twitter, pasal contect creator di Malaysia ni yang selalu kita jumpa adalah review makanan, makeup, prank orang dan holiday vlog. Ada je content yang lain, tapi tulah, tak popular. Aku pun terdetik yang setiap orang ada content (lebih kepada kongsi ilmu) yang kita boleh buat, walau sekecil-kecil ilmu pun kita boleh kongsi. Aku selalu jugak nak cari maklumat/ tutorial apa-apa susah nak jumpa. Sebab orang yang kongsi sangatlah sikit. Contohnya dulu aku pernah cari  cara nak split order shopee (dekat page shopee memang ada tapi aku nak yang detailed punya orang pernah buat), susah sangat nak jumpa, kat twitter, kat youtube semua takde. Last-last terjumpa ada  orang share dekat group 'Cara Meniaga  Shopee' dekat Facebook. Bersyukurnya time tu finally ada jugak orang pernah share cara dia buat. Walaupun benda tu kecil, tapi orang tetap akan hargai ilmu yang kita kongsi walaupun takde likes atau komen, kita still guna ilmu tu senyap-senyap.

Penulisan vs Video
Satu lagi perkara yang aku nak sentuh kat sini ialah penulisan VS video. Orang selalu sebut tentang 'Content Creators' which is more kepada kita buat video. Dalam konteks aku sendiri pulak, dalam bab kongsi ilmu ni, boleh dua-dua cara. Video atau tulisan. Kalau aku aku prefer tulisan macam blog, twitter dan facebook. Sebab aku tak suka buang masa tengok video. Yelah kalau tengok youtube tentang review barang kan, reviewnya sikit je tapi videonya panjang meleret. Ada je video yang direct terus informative tapi susah nak cari. Jadi aku prefer untuk baca je. Bukan tak layan video ada je yg aku suka, mungkin kena tengok konteks jugak, kalau review phone, laptop dan kereta aku tengok jugak youtube tapi kena cari yang tak meleret-leret la.

Blog
Dengan adanya pelbagai platform media sosial seperti twitter, instagram, tiktok, youtube dan facebook, blog memang dah tak popular dah sekarang. Blogger yang famous-famous zaman dulu pun dah jarang kita dengar. Sekarang, ramai 'influencers' atau 'content creators' yang mendominasi alam maya. Ada juga bloggers yang dah bertukar platform, untuk menarik lebih ramai audiens. Semua tu bagi aku perkara biasa, kemajuan teknologilah punca. Bagus sebab audiens kita lebih ramai. Aku pun suka je baca twitter dan layan tiktok. Untuk blog, sejujurnya aku masih suka baca. Sebab dulu-dulu jarang share review yang jujur  dan tak banyak paid review mcm sekarang. And paling penting senang cari. Google je. Kalau kata kunci kita taip tu ada dlm blog tersebut, terus jumpa  apa yang kita nak. Tak perlu lah nak buka apps-apps lain tu. Penulisan di blog pulak padat dan informative. Kita boleh huraikan dengan panjang lebar apa yang kita nak bagitahu. Kalau tiktok dan twitter tu, kita akn cuba buat seringkas yang boleh asalkan sampai. Jadi, bagi aku, blog masih releven sebagai platform perkongsian ilmu pada zaman sekarang. Tapi sedih jugakla sebab dah tak ramai yang baca blog sekarang.

Kesimpulannya, kalau ada ilmu yang kita tahu, aku sangat galakkan orang kongsi kat mana-mana platform. Orang lain yang nak tahu, dia kan cari, baca dan tengok. Takdela penat nak tanya orang je setiap kali kan. Insyaallah kalau ada masa terluang aku pun akan cuba untuk rajinkan diri balik buat blog. Mana tahu ilmu yang aku kongsi bermanfaat untuk orang lain.

 

Monday, 4 May 2020

HUION H640P DRAWING TABLET REVIEW (Selepas setahun)


                Hello Earthlings sekalian~ Dah setahun lebih ya aku tak update blog. Semalam baru teringat yang aku rupa-rupanya aku ada blog. Hihi. Tapi tak tahulah kenapa idea nk buat entry ni datang at the worst time. Aku dahla banyak assignment, test lagi projek lagi haish. Tapi tulah aku rasa nak tulis jugak entry ni.

                So sekarang aku nak update tentang my HUION DRAWING TABLET. Aku pernah post pasal unboxing tablet tu tahun lepas ( Here ). So, since dah setahun aku guna, aku rasa nk review sikit mcm mna keadaan dan penggunaannya sekarang ^^.

                First of all, aku nak bagitahu yang keadaan tablet tu sekarang adalah SANGAT BAIK. Walaupun dah setahun aku guna, tablet ni masih berfungsi dengan baik, tak rosak dan langsung takde masalah. Semua butang dekat tablet tu masih berfungsi dengan baik. Bila aku melukis pun langsung tkde masalah. Tak major calar jugak dekat tablet ni. Still smooth untuk melukis. Pen tablet ni pun masih okay tak rosak pun. And walaupun dah setahun, aku tak pernah ganti nibs dia^^. So, aku boleh simpulkan yang tablet ni sangat berbaloi beli sebab yelah murahkan.









                So, ada masalah apa2 tak sepanjang aku guna tablet ni. Jawapannya TIDAK! Yes aku langsung tkde masalah guna tablet ni. Tapi dulu pernah masa awal aku guna tablet ni dengan photoshop. Butang yang atas sekali tu aku setkan untuk ‘flip canvas’. Tapisetelah beberapa minit melukis dekat photoshop, button tu bila aku tekan dah tak jadi. Means aku dh tak boleh flip canvas. Aku ingt ada masalah dkt tablet ni. Tapi bila aku check, rupa-rupanya aku kena setting balik dekat photoshop tu. Oh and one more thing, pernah jugak la bla aku tekan butang ‘flip canvas’ tu dia tk berfungsi so aku tekan bnyk kali. Then dia terus flip canvas bnyk kali. Maknanya dia just lmbt sikit je but it is not really a problem to me. Bila dh biasa guna dia okay je.

                Last and but not least, pernah tak aku rasa menyesal beli tablet ni? NEVER EVER! Tablet ni sangat berbaloi. Harga murah, fungsi okay dan still bertahan walaupun dah setahun. Aku takde niat lagi setakat ni nak tukar kepada yang lain. Yelah, sebab aku bukannya melukis secara professional pun. So, kalau korang nk pakai tablet yang bagus dan murah, do buy this one. Highly recommended!  
                Here are some of my projects using this tablet. Do follow my instagram (username: yuraa_universe) to see more XD.








Saturday, 16 March 2019

Cara untuk tukar images dan DOC format kepada PDF files, combine PDF files dan separate PDF files (Bonus; cara nak scan dokumen)

Hai semua! Hari ni aku agak rajin untuk ajar cara macam mana nak tukar image dan dokumen kepada PDF, combine PDF dan asingkan combined PDF. Well.. mungkin ada yang rasa benda ni tak penting dan but for me ianya sangat penting. Dulu aku pun tak tahu benda-benda ni semua. Aku start belajar masa aku lepas SPM, sebab masa tu aku nak apply biasiswa online. jadi terpaksa scan dokumen, upload dalam komputer, tukar kepada PDF files dan kena combine PDF files. Mungkin ada jugak antara korang yang fikir, benda ni pun nak ajar ke, semua orang dah tahulah. But dulu aku tak tahu, aku pun google jugak untuk belajar benda-benda macam ni. Korang boleh je cari kat youtube kalau nak lebih detail but i just want to help at least this much.

1.Scan Documents

ok firstly korang mestilah nak kena scan dokumen dulu kan. yang ni kalau korang ada printer, korang boleh scan pakai printer. but, aku tkde printer, so aku scan pakai phone sahaja. untuk ni. Korang boleh download apps dokumen scanner dekat Apps Store atau Play Store. Banyak je apps untuk scan dokumen kat Play Store tu, korang pilih je yang mana berkenan. Aku guna CamScanner. 

ni logo dia kalau korang nak cari kat Play Store


Lepas korang dah scan, barulah korang boleh save files yang dah di scan dalam format image atau PDF. Jadi, kalau dah simpan dalam format PDF, tak payahlah susah-susah korang nak tukar format dah lepas ni.

lepas korang dah save files ni barulah file tu akan ada dalam gallery atau storage phone korang. kalau tak dia still ada dalam apps tu je

2. Tukar Format Image dan DOC kepada PDF

Yang ni sangat berguna sebenarnya. yelah kalau korang nak send email atau nak hantar assignment atau nak print something bolehlah tukar kepada format PDF dulu. Kenapa? aku pun tak tahu the particular reason why kebanyakannya orang guna PDF but i think PDF is the best formatlah kot untuk urusan-urusan macam ni. But untuk tukar kepada format PDF ni sangatlah senang. Tak perlu guna apps dan internet pun. Mula-mula buka image yang korang nak convert tu. Then tekan print.

pastikan dekat printer option tu MICROSOFT TO PDF


There you go, nilah hasil dia. dah dapat dalam format PDF.

The same method applied to DOC files. tekan Print Microsoft to PDF and ypu will get the result.

3.Combine PDF Files

untuk yang ni korang kena ada internet tau. korang taip je combinepdf.com. ni link dia: https://combinepdf.com/

1. Tekan upload files. upload PDF files yang korang nak combine.



2. Lepas tu tekan combine




3. Bukak PDF Files yang dah dicombine. Siap!

tadaaa, inilah hasilnya

4. Separate PDF files

manalah tahu korang tersalah combine kan, boleh je separate balik. Korang bukak PDF files tu, then tekan print.

1.Pastikan printer option microsoft to PDF dan dekat pages to print tu korang pilih page mana yang nak di print. 



2. Then print, Siap!

Senang kan? Trust me, ilmu ni sangat berguna tau lagi-lagi masa korang kat universiti nanti. I hope this can help sesiapa yang dulunya macam aku, tak tahu apa-apa. so this is it, until we meet again! Bye!









Saturday, 2 March 2019

Review Safi Dermasafe Cleaser


Hello Earthlings! Today aku nak buat short review pasal cleanser Safi Dermasafe yang baru. I heard this is the first Safi product for sensitive skin. Mula-mula aku takut nak pakai sbb aku ada pengalaman yang buruk dengan safi Balqis. But sebab packaging dan review orang buatkan aku tertarik untuk cuba. Aku dah pernah cakap my skin is very sensitive yang susah mana-mana produk nak lekat dgn kulit aku. That’s why aku tetap balik kepada fair and lovely walaupun dah try bermacam-macam cleanser. But the cleanser is bit drying for me lagi-lagi aku kurang hydrate kulit sbb skrg ni aku tgh minimizekan penggunaan produk aku. And I really-really wanna try gentle cleanser after I stop using simple.

Packaging
Packaging quite simple. Warna putih dan ada bunga sikit. Comel je. Lepas tu macam biasa kat belakang ada senarai ingredients. Aku beli dekat watsons dalam harga RM17.++ for 100g.



Ingredients




Smell and Texture
Claims to be no fragrance, the smell is like coconut(but dalam tu tkde coconut pun) I think I cant describe the smell more sbb tak mahir nk kenal bau but tu yang aku rasa masa mula-mula pakai. Memang tak wangi mcm cleanser lain yang ada fragrance. Texture gel yang transparent and less bubble formed bila campur dengan air. Menepati ciri-ciri untuk gentle cleanser.





First application
Tak berbuih sangat, so aku letak banyak sikit kat tapak tangan. And bila campur dgn air and gosok-gosok keluarlah buih sikit like the picture below. So gentle on my skin, but better than cetaphil I think. Mula-mula pakai tak best but lama-lama I think dia cleanse my skin well. Lepas bilas, my skin become softer. I like the feeeling after cleansing. For me, it’s not that drying like my previous cleanser, Fair and lovely, but sometimes rasa jgk muka ketat sikit apatah agi when I use this cleanser more that twice a day. But the ketat feeling just last for a few seconds, lepas tu lama-lama hilang.





My thought 
I've been using the cleanser for a month already and i love it! it cleanse my skin well, reduce my redness(dgn bantuan produk lain jugak), make my skin become softer. Just only using this cleanser and moisturizer, my tiny bumps dh makin kurang. I'm so happy yeahh!!

Rate
4.5/5

Repurchase?
Yes! I have decided to change my cleanser from fair and lovely to this as this cleanser is more gentle to my skin. I don’t really have bad comments about this cleanser. So I will keep repurchase sampai aku bosan.

Disclaimer: Review yang Yuraaa buat adalah jujur dan ikhlas dari pengalaman Yuraa sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.
Disclaimer: Every skin are different, the result also varies for every individual.

Monday, 11 February 2019

Huion H640P Unboxing

Hello.. Hari ni aku nak share pasal my first ever drawing tablet, HUION INSPROY H640P. I love drawing and arts since I was little. Selama ni aku just melukis secara tradisional, guna pensil, pen, sketchbook. But aaku tetiba berminat dengan digital arts sebab tengok banyak sangat arts yang cantic-cantik guna digital kat Instagram. So, aku pun beli drawing tablet dekat Shopee. Sebelum beli, aku baca dan tengok review dekat youtube, buat research yang mana paling ok untuk beginner. Aku selalu dengar kalau drawing tablet yang biasa artist guna ialah Wacom. Tapi sebab Wacom mahal jadi untuk beginner, Huion pun dah ok. Huion tablet memang murah. Kalau Wacom aku tengok yang paling murah dalam RM200 jugak. Tapi kalau Huion, bawah RM100 pun ada. So yang aku beli, HUION INSPIROY H640P ni harga dalam RM150. Sebab aku tengok review ok dan specification pun menarik. Aku baru try beberapa kali dan aku suka my first drawing tablet ni. Tapi sebab aku baru je nak belajar digital arts, aku tak biasa guna lagi.




So this is what i got in a package


This includes
1 Huion drawing tablet
1 micro USB cable
1 quick start guide
1 ‘thank you’ card
1 download link
1 battery-free pen
1 warranty card(but masa aku nak beli dia kata warranty not available)
Pen holder with 8nreplacement nibs

ini specification dia



Drawing Tablet and Pen




It has 6 press keys yg kita boleh guna untuk buat shortcut keyboard



This is Huion battery-free pen. It is ringan je sebab tkde battery kat dalam. Dekat pen ada 2 customizable button.



Dia nipis je dan ringan




Dekat bawah ada tapak getah supaya tablet tak slide down kalau kita letak atas permukaan licin




Ni adalah pen holder yang kalau kita bukak kat dalam dia ada replacepent nibs untuk pen. In case kalau nibs dah worn out, boleh la tukar.


Driver

So, untuk guna tablet ni, laptop mesti ada download driver dia dulu. Driver ni kena download online sebab dia tak bagi CD(bagus jugak sebab laptop aku tak boleh pasang CD). Kita boleh download driver dekat website Huion.

Ha ni website dia



Dekat download, ada dua option. Download instruction dan driver. Aku sarankan download instruction untuk belajar cara nak guna tablet ni. pilih betul-betul driver. Aku pilih H640P(8192).







Ni driver yang kita download tadi. Kalu bukak, boleh la customize shortcut button and test pen pressure



Ok, sini boleh customize shortcut kat tablet



Same goes to side-button dekat pen. Boleh tetapkan shortcut ikut citarasa sendiri



Penggunaan

setakat ni, aku dah test dekat app Phooshop dan Krita. It works well in both apps. Cuma, aku tak biasa lagi guna jadi tak boleh nak ulas dengan lebih banyak.


Aku baru test pressure dia kat sini. Mula-mula memang susah sikit sebab aku kena tekan sikit pen tu kat tablet. But aku rasa tu normal untuk beginner sebab lukis kat tablet bukan macam lukit kat kertas guna pen.



Ini dekat photoshop.


So I think for beginner, tablet no sangat ok sebab harga murah dan specification dia pun dah ok macam Wacom. But, for long-term performance, I’m not sure yet as I just own this tablet baru seminggu. Mungkin lepas dah lama guna, aku boleh bagi feedback lagi tentang tablet ni.