Monday 29 January 2024

Pengalaman Pertama Kali Pakai iPhone dari Android- iPhone 15 Pro 2024

Hi! sebagaimana tajuk, begitulah ceritanya. Aku nak cerita pasal aku baru beli iphone 15 Pro and nak cerita best ke tak pakai phone ni.




Ok aku beli Phone tu masa CNY Sale, 17/1/2024 camtu aku order then dah sampai pada 22/1/2024. Aku beli dekat Shopee Official Shop Switch. Aku memang dah lama nak beli Iphone sebab utamanya adalah camera lawa, then saiz compact(sekarang pakai Redmi saiz 6.8inch) and design pun cantik. Alang-alang tahun lepas aku dapat banyak claim sebab outstation, jadi aku pun nak belilah benda mahal sikit. Firstly aku excited gila masa beli, yelah phone idaman kan. Aku order sekali dengan adapter original Apple dan casing sekali tapi beli dekat kedai lain-lain. 

So phone dah sampai, aku excitedla buat unboxing apa semua sebab beli online kan jadi kalau ada rosak at least ada bukti. Aku tak pernah pakai Iphone seumur hidup, pernah guna pun abang atau kawan punya setakat pinjam nak ambil gambar je.  Aku try la godek-godek phone tu sebab memang lain sangat kan dengan phone android aku sebelum ni. Lepas beberapa jam godek-godek, belek-belek apa semua rasa excited aku makin hilang... Sebabnya aku rasa iphone ni aku rasa banyak feature yang kurang dari android aku. ok kat sini aku cuba senaraikanlah apa yang aku rasa kurang suka dengan iphone ni.

1. Face ID. Disebabkan aku dah biasa pakai fingerprint id dekat redmi, jadi aku kurang suka pakai face id ni. yela kalau nk guna phone kena angkat dulu betul2 bagi detect muka baru unlock. kalau fingerprint kau letak jari dah boleh buka, so easyy.Lagi-lagi aku pakai spek. kena buat dua face id.  time aku tidur sikit, tak detect. macam2lah. Entahlah aku akan cuba la biasakan diri dengan pakai feature baru ni

2. Homescreen customization. Ya aku selalu dengar yang iphone ni customization dia ke laut sikit. kalau suka customize, better guna android. tapi tak sangka pulak susah sangat. Widget semua kecik-kecik. Kalendar yang boleh muat 1 skrin pun takde. Aku malas nk download apps widget sbb dekat redmi aku elok je pakai apps sedia ada. Pastu bawah setiap widget tu ada nama. Apoooo noob betul. Ni aku dah giveup nak try macam-macam so aku biar jelah.

3. Tak ada back button. Aku kan tukar ke iphone sebab nak cari yang saiz kecik, yang aku boleh guna 1 tangan je. tapi kalau takde back button dekat bawah, susah jugak nak guna 1 tangan je. kena capai button back setiap apps tu dekat atas.

4. Clear running apps satu-satu. Aku malas nak komen banyak yelah aku just boleh compare je dengan phone android senang nk tutup semua apps, tutup je semua terus (clear ram). 

5. Tak ada dual apps. Aku takde la pakai sangat feature ni. cuma kalau ada kan bagus. aku pakai benda ni untuk shopee sebab aku ada 2 akaun. 1 untuk niaga 1 untuk beli barang sendiri. sekarang dah takde susah lak ye nk kena buka dekat google utk login 1 lagi akaun.

6. Keyboard takde shortcut untuk simbol/punctuation. Aku dah try download microsoft swiftkey pun still takde benda ni sedangkan dekat redmi aku elok je keyboard tu ada simbol/punctuation dekat setiap keyboard. Senang sikit nak taip boleh long-press kalau nk guna nombor ke simbol apa-apa.

7. Photo album tak sort ikut sumber gambar (tak semua). Contoh kalau screenshot dia still masuk dalam album 'recents' je. Aku tahu dia asing under media type. Tapi album tak. kecuali kalau kau guna apps untuk ambil gambar. Aku guna instagram baru dia masuk album instagram. Dia menyusahkan sebab aku backup gambar aku dekat google photos. aku nk buat auto backup tapi takkanlah nak simpan jugak screenshot2 yang useless tu adoiii. So sekarang aku offkan dulu auto backup tu. Mungkin nanti aku onkan balik. Tengoklah macam mana.

8. Calculator dia bagi sangat basic ya. takde history, takde kalkulator scientific. Ni aku download je apps calculator yang lain.

Ok setakat lebuh kurang seminggu aku guna phone ni, ni lah yang aku perasan. Oh dan satu lagi masalah yang aku hadapi sekarang is overheating aku rasa. Aku baru guna phone tu kejap bukak banyak apps sebab nak setting apa semua kan pastu dah panas dah. Hmm takde la heavy pun aku guna. Bukan aku main game pun tapi dah panas macam ni. Risau betullah. Aku akan cuba bertahan pakai phone ni dulu and tengok macam mana dulu. Bye!




Tuesday 23 January 2024

Aku Beli Peti Sejuk Jenama Hisense: Cara Isi Warranty Online Hisense

 Hello guyss harini aku saja nak share aku abru beli peti sejuk baru jenama Hisense. Brand ni aku pernah dengar tapi tak famous la. Model yang aku beli ialah 2 Door Inverter 240L RT286N4ABN. Boleh tengok info produk kat sini. So aku pilih brand dan model ni sebab dia jimat tenaga di mana penggunaan tenaga dia 5 bintang dan dia inverter which is lagi menjimatkan. Adala orang kedai explain pasal benda ni tapi aku tak ingat sangat tapi kalau nk cari yang jimat elektrik, kena tengok dua benda nilah.


Penggunaan tenaga dia 5 bintang which is yang paling jimat.


Penerangan tentang inverter dan non-inverter dari website Hisense


Sebenarnya masa awal-awal survey, aku tertarik dengan brand Sharp sebab orang kedai tu cerita brand Sharp paling elok dan kurang ada problem. Tapi brand Sharp yang aku nak tu dia non-inverter dan Energy Consumption dia 3 bintang je. Kalau nak yang ada inverter dan 5 bintang, mahal. So lepas fikir-fikir aku ambil lah brand Hisense ni. Dia je paling murah dan ada ciri-ciri yang aku nak. Harga peti ni RM1799 + Delivery Charge RM30. So total aku bayar RM1209. Dah terlebih bajet aku sebenarnya tapi takpelah sebab nak pakai lama.

Petang tu jugak kedai ni hantar dan dia kata boleh start pasang lepas 15 jam. Aku baca sebab masa dalm transportation tu dengan lori, minyak mungkin tumpah so kena tunggu dia stabil dulu baru boleh pasang. Oh aku sebenarnya agak kecewa sebab dia tak explain banyak pasal peti ni lagi-lagi pasal warranty. Masa dia hantar, aku takde kat rumah so tk sempat nak tanya. Dia just bagi warranty card camtu je. Cuma masa dekat kedai, dia cakap kalau ada problem dengan peti, boleh je contact kedai, dia akan hantar technician. Tapi sebab ni first time aku beli barang mahal macam ni, aku risau pasal warranty. Aku dapat kad warranty, dia takde cakap suruh hantar pun tapi aku nak hantar jugak. Better safe than sorry kan?

Aku tak pernah hantar kad warranty sebenarnya so aku tak sure macam mana nak hantar. Kadnya dahla dalam bentuk poskad lagila aku tak reti. Aku kan Gen Z. Aku pun google la cara-caranya tapi takde pun orang share huhu. Sambil-sambil tu aku baca gak la review tentang brand Hisense ni. lepas baca lagi lah aku risau ramai yang report ada problem. So aku bertekad jugak nak hantar warranty Card ni. Pastu aku jumpa la Warranty Registration Online dekat website Hisense Malaysia. Yelah masa awal-awal aku dah fikir kenapa lah kuno sangat kan kena hantar poskad bagai. Semua kan dah online sekarang. Finally jumpa pun so aku apa lagi isilah terus yuhuu. Sini aku letak link dan cara nak isi.


Basically just isilah details korang dan details item yang dibeli. Boleh rujuk resit. Warranty asal korang ambil gambar atau scan then upload. Sama juga dengan resit. Then submit. Done!

Tapi... kad warranty yang fizikal tu aku still hantar jugak melalui pos. Aku pergi je pos laju cakap nak pos warranty card. So dah siap. Aku pun dah tenanglah sebab semua dah settle.

Btw post ni sebenarnya aku buat tahun lepas lagi tapi terlupa and still dalam draft. Masa aku post ni, peti aku dah rosak dah huhu. Nasib baik ada warranty jadi sekarang tengah repair under warranty. Nanti ada masa aku cerita. Oklah Bye!