Saturday 16 March 2019

Cara untuk tukar images dan DOC format kepada PDF files, combine PDF files dan separate PDF files (Bonus; cara nak scan dokumen)

Hai semua! Hari ni aku agak rajin untuk ajar cara macam mana nak tukar image dan dokumen kepada PDF, combine PDF dan asingkan combined PDF. Well.. mungkin ada yang rasa benda ni tak penting dan but for me ianya sangat penting. Dulu aku pun tak tahu benda-benda ni semua. Aku start belajar masa aku lepas SPM, sebab masa tu aku nak apply biasiswa online. jadi terpaksa scan dokumen, upload dalam komputer, tukar kepada PDF files dan kena combine PDF files. Mungkin ada jugak antara korang yang fikir, benda ni pun nak ajar ke, semua orang dah tahulah. But dulu aku tak tahu, aku pun google jugak untuk belajar benda-benda macam ni. Korang boleh je cari kat youtube kalau nak lebih detail but i just want to help at least this much.

1.Scan Documents

ok firstly korang mestilah nak kena scan dokumen dulu kan. yang ni kalau korang ada printer, korang boleh scan pakai printer. but, aku tkde printer, so aku scan pakai phone sahaja. untuk ni. Korang boleh download apps dokumen scanner dekat Apps Store atau Play Store. Banyak je apps untuk scan dokumen kat Play Store tu, korang pilih je yang mana berkenan. Aku guna CamScanner. 

ni logo dia kalau korang nak cari kat Play Store


Lepas korang dah scan, barulah korang boleh save files yang dah di scan dalam format image atau PDF. Jadi, kalau dah simpan dalam format PDF, tak payahlah susah-susah korang nak tukar format dah lepas ni.

lepas korang dah save files ni barulah file tu akan ada dalam gallery atau storage phone korang. kalau tak dia still ada dalam apps tu je

2. Tukar Format Image dan DOC kepada PDF

Yang ni sangat berguna sebenarnya. yelah kalau korang nak send email atau nak hantar assignment atau nak print something bolehlah tukar kepada format PDF dulu. Kenapa? aku pun tak tahu the particular reason why kebanyakannya orang guna PDF but i think PDF is the best formatlah kot untuk urusan-urusan macam ni. But untuk tukar kepada format PDF ni sangatlah senang. Tak perlu guna apps dan internet pun. Mula-mula buka image yang korang nak convert tu. Then tekan print.

pastikan dekat printer option tu MICROSOFT TO PDF


There you go, nilah hasil dia. dah dapat dalam format PDF.

The same method applied to DOC files. tekan Print Microsoft to PDF and ypu will get the result.

3.Combine PDF Files

untuk yang ni korang kena ada internet tau. korang taip je combinepdf.com. ni link dia: https://combinepdf.com/

1. Tekan upload files. upload PDF files yang korang nak combine.



2. Lepas tu tekan combine




3. Bukak PDF Files yang dah dicombine. Siap!

tadaaa, inilah hasilnya

4. Separate PDF files

manalah tahu korang tersalah combine kan, boleh je separate balik. Korang bukak PDF files tu, then tekan print.

1.Pastikan printer option microsoft to PDF dan dekat pages to print tu korang pilih page mana yang nak di print. 



2. Then print, Siap!

Senang kan? Trust me, ilmu ni sangat berguna tau lagi-lagi masa korang kat universiti nanti. I hope this can help sesiapa yang dulunya macam aku, tak tahu apa-apa. so this is it, until we meet again! Bye!









Saturday 2 March 2019

Review Safi Dermasafe Cleaser


Hello Earthlings! Today aku nak buat short review pasal cleanser Safi Dermasafe yang baru. I heard this is the first Safi product for sensitive skin. Mula-mula aku takut nak pakai sbb aku ada pengalaman yang buruk dengan safi Balqis. But sebab packaging dan review orang buatkan aku tertarik untuk cuba. Aku dah pernah cakap my skin is very sensitive yang susah mana-mana produk nak lekat dgn kulit aku. That’s why aku tetap balik kepada fair and lovely walaupun dah try bermacam-macam cleanser. But the cleanser is bit drying for me lagi-lagi aku kurang hydrate kulit sbb skrg ni aku tgh minimizekan penggunaan produk aku. And I really-really wanna try gentle cleanser after I stop using simple.

Packaging
Packaging quite simple. Warna putih dan ada bunga sikit. Comel je. Lepas tu macam biasa kat belakang ada senarai ingredients. Aku beli dekat watsons dalam harga RM17.++ for 100g.



Ingredients




Smell and Texture
Claims to be no fragrance, the smell is like coconut(but dalam tu tkde coconut pun) I think I cant describe the smell more sbb tak mahir nk kenal bau but tu yang aku rasa masa mula-mula pakai. Memang tak wangi mcm cleanser lain yang ada fragrance. Texture gel yang transparent and less bubble formed bila campur dengan air. Menepati ciri-ciri untuk gentle cleanser.





First application
Tak berbuih sangat, so aku letak banyak sikit kat tapak tangan. And bila campur dgn air and gosok-gosok keluarlah buih sikit like the picture below. So gentle on my skin, but better than cetaphil I think. Mula-mula pakai tak best but lama-lama I think dia cleanse my skin well. Lepas bilas, my skin become softer. I like the feeeling after cleansing. For me, it’s not that drying like my previous cleanser, Fair and lovely, but sometimes rasa jgk muka ketat sikit apatah agi when I use this cleanser more that twice a day. But the ketat feeling just last for a few seconds, lepas tu lama-lama hilang.





My thought 
I've been using the cleanser for a month already and i love it! it cleanse my skin well, reduce my redness(dgn bantuan produk lain jugak), make my skin become softer. Just only using this cleanser and moisturizer, my tiny bumps dh makin kurang. I'm so happy yeahh!!

Rate
4.5/5

Repurchase?
Yes! I have decided to change my cleanser from fair and lovely to this as this cleanser is more gentle to my skin. I don’t really have bad comments about this cleanser. So I will keep repurchase sampai aku bosan.

Disclaimer: Review yang Yuraaa buat adalah jujur dan ikhlas dari pengalaman Yuraa sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.
Disclaimer: Every skin are different, the result also varies for every individual.

Monday 11 February 2019

Huion H640P Unboxing

Hello.. Hari ni aku nak share pasal my first ever drawing tablet, HUION INSPROY H640P. I love drawing and arts since I was little. Selama ni aku just melukis secara tradisional, guna pensil, pen, sketchbook. But aaku tetiba berminat dengan digital arts sebab tengok banyak sangat arts yang cantic-cantik guna digital kat Instagram. So, aku pun beli drawing tablet dekat Shopee. Sebelum beli, aku baca dan tengok review dekat youtube, buat research yang mana paling ok untuk beginner. Aku selalu dengar kalau drawing tablet yang biasa artist guna ialah Wacom. Tapi sebab Wacom mahal jadi untuk beginner, Huion pun dah ok. Huion tablet memang murah. Kalau Wacom aku tengok yang paling murah dalam RM200 jugak. Tapi kalau Huion, bawah RM100 pun ada. So yang aku beli, HUION INSPIROY H640P ni harga dalam RM150. Sebab aku tengok review ok dan specification pun menarik. Aku baru try beberapa kali dan aku suka my first drawing tablet ni. Tapi sebab aku baru je nak belajar digital arts, aku tak biasa guna lagi.




So this is what i got in a package


This includes
1 Huion drawing tablet
1 micro USB cable
1 quick start guide
1 ‘thank you’ card
1 download link
1 battery-free pen
1 warranty card(but masa aku nak beli dia kata warranty not available)
Pen holder with 8nreplacement nibs

ini specification dia



Drawing Tablet and Pen




It has 6 press keys yg kita boleh guna untuk buat shortcut keyboard



This is Huion battery-free pen. It is ringan je sebab tkde battery kat dalam. Dekat pen ada 2 customizable button.



Dia nipis je dan ringan




Dekat bawah ada tapak getah supaya tablet tak slide down kalau kita letak atas permukaan licin




Ni adalah pen holder yang kalau kita bukak kat dalam dia ada replacepent nibs untuk pen. In case kalau nibs dah worn out, boleh la tukar.


Driver

So, untuk guna tablet ni, laptop mesti ada download driver dia dulu. Driver ni kena download online sebab dia tak bagi CD(bagus jugak sebab laptop aku tak boleh pasang CD). Kita boleh download driver dekat website Huion.

Ha ni website dia



Dekat download, ada dua option. Download instruction dan driver. Aku sarankan download instruction untuk belajar cara nak guna tablet ni. pilih betul-betul driver. Aku pilih H640P(8192).







Ni driver yang kita download tadi. Kalu bukak, boleh la customize shortcut button and test pen pressure



Ok, sini boleh customize shortcut kat tablet



Same goes to side-button dekat pen. Boleh tetapkan shortcut ikut citarasa sendiri



Penggunaan

setakat ni, aku dah test dekat app Phooshop dan Krita. It works well in both apps. Cuma, aku tak biasa lagi guna jadi tak boleh nak ulas dengan lebih banyak.


Aku baru test pressure dia kat sini. Mula-mula memang susah sikit sebab aku kena tekan sikit pen tu kat tablet. But aku rasa tu normal untuk beginner sebab lukis kat tablet bukan macam lukit kat kertas guna pen.



Ini dekat photoshop.


So I think for beginner, tablet no sangat ok sebab harga murah dan specification dia pun dah ok macam Wacom. But, for long-term performance, I’m not sure yet as I just own this tablet baru seminggu. Mungkin lepas dah lama guna, aku boleh bagi feedback lagi tentang tablet ni.


Tuesday 29 January 2019

Review Aztec Clay Mask


Hi guys! So today as promised I would like to review my favorite clay mask which is AZTEC CLAY MASK. Aztec Clay Mask is known as ‘the most powerful clay mask in the world’.



This is how it looks






It claims to:
·         Tightening pores
·         Control oils and sebum production
·         Absorb dirt in the skin
·         Reduce whitehead and blackhead
·         Deep cleansing into the pores
·         Clear up acnes
·         Fade pimple scars
·         Minimize the appearance of pores

Banyak kan claims dia? At first aku sendiri pun tak yakin menjadi ke benda ni claim banyak-banyak macam ni. However, after using it for about 7 months++, I will approve all the claims are true. Before this, I’ve used others clay mask but I find out that this claymask is the best claymask I’ve ever used. Disebabkan harga dan susah nak dapat offline, sebenarnya aku dah malas dah nk beli mask ni. Tapi sebab mask lain yang aku pakai tak sepower dia, so I’ve already made my second purchase. Sebenarnya tak habis lagi pun mask tu, cuma Apple Cider Vinegar yg habis. So aku beli baru untuk dapatkan Apple Cider Vinegar tu.  Ada yang kata boleh je guna air biasa tapi kuasa dia tak sepower guna cuka epal. Aku pun tak pernah guna air biasa so tak tahulah macam mana. And mask ni kalau nak bancuh tak boleh guna sudu or bekas besi. Katanya sbbb nanti mask ni dah tak berkesan. Aku takdelah pulak kaji kenapa tapi ikut jelah apa yang dorang kata. Beli tu pun dah sekali dgn tools yang dia bagi, bekas plastic dan sudu semua plastic.


How I use it? Aku pakai ni biasanya malam atau pagi. Sebelum pakai aku cuci muka dulu bersih-bersih tapi dengan air je tanpa pakai pencuci muka. Lepas tu antara aku steam muka dulu atau pun terus pakai. Steam muka ni bertijuan untuk open the pores so that mask tu lagi berkesan tarik impurities from the pores. Lepas tu apply mask tu ke seluruh muka. Wait for about 10-20 minutes. Biasanya, aku tak kira pun berapa minit aku pakai, bila aku dh rasa mask tu kering aku akan pergi cuci muka. Semasa pakai mask tu, memang rasa ketat muka dan selalu orang kata ‘macam kena vacuum muka’. Yes, sebab dia sangat powerful dan bila mask tu hampir kering, muka rasa berdenyut-denyut. Pakai jangan lama sangat sebab kalua terlampau lama, nanti muka akan jadi merah-merah. But muka akan jadi slightly red tu normal sebenarnya cuma kalau lama sangat nnti merah dia lgi teruk dan boleh over-exfoliate. Cuci pakai air biasa atau air suam kalua nak cepat tanggal. Lps tu aku akan terus cuci muka pakai pencuci muka dan teruskan routine macam biasa. Cumanya, aku biasanya lepas pakai mask ni lepas pakai toner, aku wajibkan pakai sheet mask sebab muka tadi kan merah-merah dan rasa ketat sebab dia tarik minyak. Sheet mask berfungsi untuk soothing dan hydratekan muka. Bagi aku penting untuk hydrate balik muka lepas pakai clay mask atau scrub sebab kita dh exfoliate kulit masa tu.




So, apa result dia? Aku rasa muka aku sangat bersih lepas guna mask ni. Yes, it cleans my pores. Sebelum ni aku memang perasan yang pores aku sgt kotor, jadi aku selalu guna Vietnam mask untuk buang kotor tu. Tapi kejap je bersih lps ti kotor balik. Then lps guna mask ni religiously, I can see my pores dh bersih and less visible than before. Untuk blackhead aku rasa it works too. Blackhead kan clogged pores yang ada kat dalam kulit. Lps guna mask ni, aku rasa yang blackhead aku yang ada dalam kulit tu dh semakin keluar. But of course la bukan sekali guna terus clear. Slow-slow. But usually I’m not the kind yang sabar, so bila blackhead aku dah mcm nk keluar, aku usually extract them using extracting tools. So, my face become clearer. Whitehead? I’m not quite sure. Sebab aku ada banyak sangat whitehead and my face now pun sekarang still bumpy. Jerawat pulak? Yes it WORKS! Aku pernah sebut dalam post sebelum ni. Muka aku sangat banyak jerawat sbb silap pakai produk. Sampai satu tahap muka aku banyak jerawat kecik-kecik sebab alah tea tree oil. Then aku pakai mask ni straight for 5 days(which is not good), and my face is clear from all those acnes. Sejak tulah, aku sangat percaya yang mask ni sangat berkesan untuk aku and aku approve that it is “the most powerful clay mask in the world”.  Untuk scars I can’t say much sebab scars kan lama kalau nak tengok dia fade. Dan aku jugak pakai produk lain untuk scars. Tapi setahu aku fungsi utama claymask adalah untuk clean pores and control oil. So, tugas dia sebagai clay mask is awesome for me. This product dh masuk dalam category holy grail aku dah. Cumanya, ada jgk yg aku ak suka pakai produk ni. Kuasa dia kuat sangat samapai lps pakai muka mmg akan merah-merah dan kulit akan jadi sangat kering. Lps pakai, memang kena hydrate banyak2. Dan jugak, kalau pakai kerap sangat, it will lead to overexfoliate(so troublesome). Jadi, hati-hatilah kalai nak pakai. Ikut panduan yg betul.

Price
·         RM35 for 100g include tools dan Apple Cider Vinegar(aku beli kat shopee yang repack)

 Where to get?
Setakat ni aku tak pernah jmpa Aztec ni dijual di mana-mana kedai. Selalu memang boleh beli online. Klau Ig Fb memang banyak orang jual. Just type Aztec Clay Mask Malaysia. Paling senang nak beli kat Shopee. Nak beli diect dari US pun boleh dekat Amazon. But please HATI-HATI! Aztec Clay Mask memang banyak fake. Sebelum beli, tolong google dulu beza yang ori degan yang original. 

Pros
·         Bersihkan pores secara mendalam
·         Helps to cure acnes
·         Helps to clear blackheads
·         Make pores less visible(sbb pores dh bersih)

Cons

  •   Buat muka merah, kering dan ketat
  •   Leceh nak guna kena bancuh
  •   Bau apple cider vinegar yang kuat


Rate
·         4.9/5 (sbb buat muka kering dan merah sbb tu tak dapat 5)

Repurchase?
Obsolutely yes! My holy grail!

Jadi, hanya ini ynag aku dapat simpulkan setelah eberapa bulan guna mask ni. Aku share this honest review for those yang curious how this product works. Macam yang aku cakap, mula-mula memang aku tak percaya but lps guna sendiri I know that this product is magic. Banyak review yang cakap muka diorang sembuh dri breakout lps pakai mask ni. but kena ingat, jangat pakai lama sangat, jangan pkai kerap sangat dan hati-hati masa nak beli. Banyak yg fake! Nak beli kat shopee, tengok review dulu. Jangan asal tengok harga murah je beli. Sila google beza Aztec yang fake dengan yang ori.


Disclaimer: Review yang Yuraa buat adalah jujur dan iklas dari pengalaman Yuraa sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.



Saturday 12 January 2019

Cara hentikan insurans Maybank

Assalamualaikum semua. So today aku nak share macam mana untuk hentikan insurans Etiqa Maybank. Sebenarnya, aku langsung tkde niat untuk ada insurans ni dan aku pun dah tak ingat sangat yang aku ada insurans ni. Cumanya haritu, aku check balance dalam akaun Maybank aku tinggal RM36.++. Terkejut jugak aku sebab kenapa sikit sangat dalam akaun aku sedangkan aku tak keluarkan duit pun dari akaun aku. Sebab sebelum ni aku ada jual something online dan orang bank-in ke akun aku. Jadi, aku agak mungkin aka nada dalm RM100.++ la kot. Lepas tu aku teringt yang aku ada ambil insurans Maybank masa mula-mula aku buka akaun. Masa first aku bukak akaun, dia kata akan potong RM10 setiap bulan, tapi bila aku check, dia potong RM21.73. Sumpah rasa nak marah sebab tertipu. Kalau kira, aku bukak akaunbulan 8 tahun lepas. Dah 5 bulan dia potong banyak tu maksudnya dia dh potong sebanyak RM108.65. Banyak tu! Kalau check dekat Maybank2u, debit RM21.73 tu dia tulis sebagai AUTODEBIT.


 
Dia ada cakap lepas sebulan bukak akaun, boleh hentikan insurans tu dengan call no yang ada dekat belakang kad maybank tu.


 Lepas sebualn tu, aku ada try call tapi masa tu aku taktau nak tekan no berapa jadinya masa tu insurans tu still aktif sampai aku dah deactive balik dua hari lepas. Aku try google macam mana deactive insurans tu, tapi tak banyak info dan tak membantu pun. Sebab tulah tertangguh. Dua hari lepas aku cari lagi macam mana nak hentikan insurans tu dan nasib baik tejumpa satu post kat facebook yang tanya kat facebook Maybank. Dan jugak, aku dah pindahkan duit RM30 dari akaun maybank aku ke akaun bank aku yang lain sebab masa tu aku ingat tak boleh nak hentikan insurans tu. Tinggal RM6, tak dapatlah Maybank nak potong incase insurans tu tak terbatal lagi.

Ok, pihak Maybank kata boleh call no yang ada kat belakang kad Maybank tu. 13800886688 nombornya. Aku pun call dan lepas pilih bahasa,  tekan 0 lepas tu tekan 5 dan dapatlah aku bercakap dengan khidmat pelanggan Maybank. Aku cakap la nak hentikan insurans. Dia pun mintak details apa semua. Lepaas tu dia cakap yang insurans ni under Etiqa jadi aku kena call Etiqa sendiri. Dia bagi nombor aku pun call. 1800889998. Ok, dah call t uterus dapat percakap denga pegawai dia. Aku cakap lagi nak hentikan insurans Etiqa dari Maybank. Then, dia cakap yang ni insurans Etiqa Maybank jadi kena bercakap dengan pihak insurans Maybank. Pulak dah.. Dia bagi pulak nombor insurans Maybank tu.

 Aku call lagi. 1300138888. Ok, dah call tu aku tekan no 2 tak silap(dia cakap ynag ni insurrans nyawa dan kemalangan). Korang dengar baik-baik dia cakap insurans, nyawa dan kemalangan tau. Lepas tekan nombor tu aku bercakap la dengan pegawai khidmat pelanggan dia cakap nak hentikan insurans. Dia cakap dia sambungkan dengan insurans Etiqa. Ok, dah sambung tu dia mintak details and dia tanya knapa nak hentikan insrurans. Aku cakap yang dah awal-awal kata nak potong RM1- setiap bulan ni dah sampai RM2- lebih. Aku rasa tertipu. Dia pun explain cakap yang tkde insurans RM10 je stiap bulan dan kadar insurans yang aku bayar tu berpatutan dengan servis yg dia bagi kalau kemalangan ke apa. aku cakap aku nak batalkan jugak sebab aku tkde duit nak bayar. Ok jadi dia cakap insurans u akan batal dalam masa 30 hari start dari tarikh aku call tu. Nanti dia akan hantar surat ke rumah. Kalau dalam masa sebulan tu dia still potong, wang akan dikembalikan katanya. Ok then setel masalah aku. Sekaramg nak tunggu surat pengesahan pembatalan je. Banyak kan step yang aku ambil, yelah sebab tak tahu kan. Jadi, kat bawah ni aku senaraikan step yang korang kena buat untuk batalkan insurans tu terus.

Cara untuk hentikan insurans Maybank

 1. 1300138888

Yang ni nombor khidmat pelanggan insurans Maybank. Tapi kalau nak call, call waktu pejabat sahaja tau. Weekdays:9a.m.-5.p.m. Saturday:8.30a.m.-12.30p.m. Ahad dan public holiday cuti.

 2. Pilih Bahasa yang korang nak

 3. Pilih insuran nyawa dan kemalangan(no 2 tak silap)

 4. Lepas tu cakap nak hentikan insurans tu.

 5. Tunggu 30 hari untuk dapatkan surat pengesahan. Setel!


Ok, jadi tulah cara-cara nak hentikan insurans Maybank tu. Harap dapat membantu korang. Bye!

Saturday 5 January 2019

Kisah Breakout and Skincare Journey 2018

Hallo guys! Uhuk uhuk dah berhabuk dah blog ni. Dah lama aku tak tulis kat sini. First, sebab tak malas nak menulis, second sbb malas nk connect internet. 😌 Hehe.. tapi sebab tahun baru, aku nk throwback cerita tahun lepas. Sebab aku dah masukkan post ni dalam label Beauty, maka aku nak cerita pasal kecantikan or khususnya kecantikan muka dan skin care. ALERT!!  LONG POST AHEAD!!

Sebelum ni, memang aku ada post pasal masalah muka kau yang burn kan.Masalah tu dah lama selesai. Tapi tu adalah permulaan nightmare aku sebenarnya.😫 Lepas kejadian muka aku burn tu, aku cuba bermacam-macam skincare untuk hilangkan burn tu. Tulah masalah aku, tak reti sabar. Masa tu muka aku memang takde problem. Cuma jerawat sekali-sekala tu biasalah. Aku lps burn tu, aku jadi rajin baca blog-blog kecantikan, twitter dan fb. Masa tu tujuan aku just nak hilangkan burn je. Tapi, banyak pulak pasal skincare dan penjagaan muka yang menarik perhatian aku. Bila aku banyak membaca, banyak pulak aku analisis tentang muka aku. Keadaan yang aku ingat selama ok rupanya ada masalah jugak. Aku muka memang super oily, ada dark spots dan jerawat sikit-sikit. Tapi sebenarnya masa tu bukan masalah besar pun.

Maka, aku pun masa tu mula tukar pencuci muka dulu. Oh ya, masa tu aku just pakai pencuci muka fair&lovely hijau dgn krim dia(sebab muka aku ada dark spots).Aku start beli set oxy sebab nak hilangkan jerawat yang sikit sangat tu. Oh satu lagi sebab aku nak cuba skin care mungkin sebab pengaruh kawan dan semangat nak mencuba aku masa duduk dekat u. kawan aku tak hasut aku pun suruh guna itu ini. Cuma masa tu aku rasa rendah diri duduk dekat u, dikelilingi oleh orang cantik-cantik. Aku tengok dia pakai ni, muka cantik je. Jadi aku pun cuba.. ok, berbalik kepada oxy tadi, yes aku pakai tu tak jadi apa-apa pun kat muka aku. Aku suka toner dan moisturizer dia. Toner rasa berangin rasa mcm boelh control minyak kt muka. Moisturizer hm… aku taktau nak cakap macam mana. Just dia mmg melembapkan dan yang paling penting tak buat muka aku break out. Just pencuci dia aku tak suka sbb bau kot.

Then, masa tu aku rasa aku dh addicted untuk baca pasal skincare. Aku pun follow skincare guru kat twitter dan fb. Baca-baca ada yang suggest pencuci muka ynag gentle dan blh control jerawat. Himalaya! Kalau ada baca aku punya previous post, aku ada cerita pasal Himalaya ni. Boleh baca kat sini πŸ‘‡πŸ‘‡
https://kawaiiyuraa.blogspot.com/2018/04/review-himalaya-neem-face-wash.html?m=1

Yes, it breaks me out badly. πŸ˜₯Lepas stop tu, aku pakai garnier then fair&lovely balik.That time aku pun guna toner Himalaya jugak. But I don’t think that toner buat aku break out. Then masa tulah aku start gelabah. Nak cure aku baca lagi blog-blog, tweet dan fb. Aku dah start beli macam-macam produk dah masa tu sampai aku pun dh tak inga tapa yang aku pernah beli. Tapi aku cuba tulis apa yg aku ingat. Aku cuba Aiken moisturizer. Aku takt ahu aku allergic dgn tea tree oil masa ni. Dah pakai tu naik lagi jerawat merah-merah kat pipi. Terus aku stop aku bagi kakak aku. Aku jugak baca kena remove make up walaupun pakai bedak debu je, kena buat double cleansing dan kena pakai sunscreen. And kau buat semua tu. Aku pakai micellar water Garnier, oil cleansing Biore dan sunscreen Biore. And aku pakai sekaligus, tanpa patch test. The result was…. My skin became worse. Dengan jerawat batunya naik, jerawat tk batu pun apa semualah. Korean 10 step skin care routine. Yes, tu nama dia. Aku masa tu entah kenapa tak serik lagi. Nak try and error apalah. Aku beli jugak peel off mask dari freeman, Loreal claymask, Cosrx Snail Essence. The mask is ok with me aku suka. In fact, I’m a mask lover right now. The Cosrx Snail Essence, kalau tadi Himalaya face wash breaks me out badly, this essence I should say IT BREAK ME OUT THE WORST.😭 Apa taknya, dulu muka licin je tetiba jadi kasar gila dengan naik jerawat pasir kat rahang. Aku nak nangis masa tu. Aku tak pernah ada jerawat pasir sebeum ni. It’s really the worst nightmare. Aku tak ingat aku pakai berapa lama until I realized that it made me breakout. Lepas aku stop, aku terus jual preloved.

Then, habis asasi masa tu, aku tekad nak cure muka aku. But bila balik rumah tu aku just realized that my face sangat sangat sangat teruk. Masa aku dekat kolej, aku tak perasan sangat kot sbb busy final exam. Aku malu gila nak keluar rumah. Semua saudara-mara, jiran-tetangga kenapa dengan muka. Aku tak tau nak jawab apa. Kat rumah, aku still cuba bermcam-macam produk. Sebab aku ingat aku alah dgn mineral oil dalam Cleansing Oil Biore, aku beli cleansing Oil Simple. Micellar water pulak aku tukar dari Garnier biru ke garnier pink. But still, my face makin teruk adalah. Lebih-lebih lagi lepas pakai Cleansing oil Simple tu. Habis mak nenek jerawat keluar kat dagu. Aku tertarik lagi nak cuba moisturizer lain. Lepas Aiken, aku cuba Simple hydrating moisturizer. Tak best. Sebab lepas pakai tu berpeluh satu muka. Terus jual haha. Then pakai Simple oil Balancing Moisturizer(asyik Simple je sbb masa ni kt twitter produk  ni tengak hype). Tak sesuai jugak. Next, aku just pakai gel aloe vera sebab dah tak tahu nak beli apa.

Lepas tu masa ni jgk famous pasal chemical exfoliants. Oh sbelum tu, aku ada pakai physical exfoliants, Aku pakai St. ives Apricot Scrub. Aku pakai masa kat asasi lagi. Best sebab kulit lembut. Aku pakai masa muka aku ak breakout teruk lagi. Bila jerawat dah keluar satu muka, aku stop. Chemical exfoliants.. aku try Cosrx AHA/BHA toner dan COSRX Blackhead Power Liquid. Sebab blackhead pun dah bermaharaja lela dah kat muka aku masa ni. Aku pakai masa tu ok lagi. Tapi lama-lama aku rasa muka aku skin merah-merah. Bila pakai Cosrx Blackhead tu pun muka pedih. Aku stop. Aku ada buat gritting method. But entahlah, tak jadi apa-apa pun. Aku terbaca kt Fb pasal Aztec Claymask. And I give it a try. SUPER AWESOME! Ni pertama kali lepas break out aku jumpa produk yang membantu kulit muka aku. It heals my acnes yang keluar sebab alergik dengan tea tree oil(Aiken Pure Tea Tree Oil). Aku buat Aztec Challenge for 5 days(nak buat seminggu tapi malas). Lepas 5 hari memang jerawat tu hilang terus. Nanti aku buat full review.πŸ˜‰

Aku rasa the peak of my breakout tu masa bulan 5. Aku start breakout awal 2018 kot. Bila dah banyak produk aku try tak menjadi, aku syak yang ada skincare yang aku guna tak sesuai dengan aku. Aku terus stop semua skincare kecuali fair&lovely face wash. Barulah muka aku reda sikit. Malam-malam pulak aku pakai aloe vera gel pure dari pokok dan sheet mask. they help me a lot. Aku pakai SEP sheet mask honey. Awesome! Memang redakan redness aku. But my skin tak sembuh lagi. Aku start balik pakai moisturizer. Aku pakai Cerave. This product aku pakai sampai sekarang. Sebab banyak moisturizer tak sesuai dengan aku, aku terus pakai yang ni walaupun rasa heavy sikit. I give me matte finish. And aku pun rasa dia helps with redness. My skin become better sikit. Aku pun pakai balik micellar water dengan sunscreen. Aku tukar micellar water ke Simple. But aku rasa mcm makin teruk daripada yang tak pakai apa-apa sebelum ni. Masa ni dh raya dah. Aku dengan stressnya duduk rumah je taknak keluar beraya. Macam-macam alas an aku bagi kat kawan-kawan. Raya tu, tkde sorang pun kawan masa sekolah ynag aku jumpa. Macam tulah terseksanya hidup aku masa tu.😭😭😭 Ni Aku letak gmbr Aku masa mula2( tkdelah mula2 sgt to masa ni mmg teruk la). Aku try Cari gmbr Aku masa muka Aku ok dulu tp to jumpa pulak dlm phone. Nnti aku try tengok dlm laptop aku letak.

Ni bulan 5 tau bukan 15. Mungkin gmbr ni tak jelas sangat tapi nmpk sangat jerawat merah2 tu. Kt situ semua jerawat aktif ye. Jerawat pasir bersepah dekat rahang masa ni.

Ni keadaan dahi masa tu. Tapi aku rasa ada yg lagi teruk. But gmbr ni je yg ada. Aku jrg naik jerawat kt dahi jadi ni bagi aku sgt. 

Masa tu, aku pakai face wash f&l, toner aku pakai Simple, moisturizer Cerave, sunscreen biore dan simple micelllar water. Aku bila dh tengok muka makin teruk, aku decide to stop both sunscreen and mw. Bila try balik, I figured out the punca is micellar water. Aku pun tukar ke Eversoft. Masa ni dah ok sikit dah muka aku. Aku teruskan pakai claymask dan sheetmask kadang-kadang. Dah nak dekat bulan 8, aku dah nk sambung belajar dh masa ni. Muka aku makin ok. Saudara-mara aku pun kata muka aku dh ok sikit daripada masa mula-mula kau balik rumah hari tu masa bulan 4. Jerawat still ada just kurang la. For parut jerawat, aku lupa nak cakap. Aku Pakai The Ordinary Alpha Arbutin and Oxy Anti Pimple Mark. It works. Oh the most important prduct yang sangat membantu aku kurang kan jerawat. It is… NUTEEN ACNE GEL! It helps me the most I can say. Aku teruskan dengan routine ni sampai masuk degree akhir bulan 8. Jerawat aku masih ada. Aku ni kurang sabar orangnya, aku semestinya cuba lagi produk yang lain. Aku nak tukar moisturizer masa ni sebab moisturizer Cerave tu quite heavy. Berpeluh muka pakai. Sebab redness dh kurang, aku nk pakai yg lain, untuk jerawat. Aku pakai Safi gamat. My skin become rough dekat dahi pakai ni. I stop. Aku pun tukar face wash jugak, ke Simple. Masa ni my skin become kering and tegang. Kadang-kadang menggelupas jugak. Terus pakai fair and lovely balik(sampai sekarang). Safi Gamat pun aku stop, pakai Cerave balik huhhu.

Bulan 8. Berkurang dri masa bln 5 hritu. Masani jerawat dh kurang naik.


Masa ni dah bulan 9, muka aku still tak ok. Jerawat ada lagi walaupun tak seteruk masa mula-mula kena dulu. Then, dah tengah-tengah bulan 9 tu, aku try moisturizer lain(aku kan tak serik). Skin Labs Aloe Vera. Lepas dua minggu pakai, dahi aku naik ruam. Ni dh masuk bulan 10. Aku pun stop atas nasihat kawan aku.Aku tak pernah sangka akan break out sebab ni sebab  aku ok je dengan aloe vera selama ni. Then aku stop aku pakaiCerave balik. Tapi dalam masa aku tengah pkai moisturizer skin labs tu, muka aku tak terjaga sangat sebenarnya. Sebab masa tengah hari aku tak guna micellar water sebab aku malas nak naik bilik. Aku pakai pencuci muka fair&lovely. Dan aku pakai wipes Simple jugak sekali dan pakai sheet mask yang aku tak pernah pakai sebelum ni(Coenzyme 10). Start tu muka aku lagi teruk dengan naik jerawat pasirnya kat pipi. Aku pakai ubat Hydrocortisone untuk ruam. Masa ni aku pun dh stop guna sunblock dan micellar water sebab aku tak sempat nak cuci masa nka solat. Satu lagi sebab aku ada tukar sunblik dan dia tak sesuai dengan aku. But lepas aku stop ubat tu, ruam naik balik. Aku pakai dalm seminggu sumpah semua hilang. But at the same time, aku ada guna scrub St Ives green tea sebab aku tak tahan muka aku kasar sangat dan menggerutu macam jalan tar. Aku stop jugak akhirnya. Masa ni mmg aku tk pakai mw, just pakai cleanser, dan ubat hydrocortisone smpai bln 11.


But dalam bulan 11 tu aku cuti jadi aku pakai micellar water balik. Masa ni aku dah perasan yang muka aku dah makin ok. Aku tak tahu nak cakap yang mana paling membantu. Tapi aku rasa jerawat dah makin hilang sebab aku dah stop semua produk yang bermasalah tu. Hydrocortisone pun mmbntu hilangkan jerawat pasir dkt rahang dan pipi. But, of course penyumbang terbesar sebab aku pakai nuTeen Acne Gel dan jugak Oxy. Ok, start daripada ni, muka aku dah memang makin ok. Aku boleh katakan masa ni 60% jerawat hilang(tak termasuk blackhead, whitehead, parut apa semua. Just jerawat besar-besar tu je). But, kulit aku kering kengkadang. Ok, sebab jerawat dah beransur hilang, aku nak hilangkan parut pulak. Aku beli Cosmoderm 1000ui. Best sangat moisturizer ni. Bau wangi, agak lightweight. Aku tak pasti sangat dia membantu tak hilangkan parut sebab aku guna TO alpha arbutin dah lama. Dan lama-lama memang parut hilang. Aku tukar kadang-kadang dengan moisturizer cerave. Skincare routine masa ni: eversoft micellar water, fair &lovely face wash, toner simple, TO alpha arbutin, Cerave/cosmoderm moisturizer, nuteen gel and oxy anti pimple mark. Dah tengah bulan 11 tu, scars dah banyak dah kurang, jerawat still ada on off sikit-sikit. Aku rasa bulan 11 ni muka aku plg ok sbb bln 12 muka aku breakout balik




Dh akhir bulan 11 tu, aku try pakai Sunscreen Biore kuning balik and boom! Pipi aku jadi kasar gila dan bumps besar-besar naik.Aku pakai dua hari je dan aku stop. Makanya jelaslah sunscreen tu yang bermasalah. Dalam bulan 11 tu aku buat routine yang sama je macam sebelum ni dan aku just tak pakai sunscreen sebab aku tak sempat lagi nak pergi beli yang lain. Bulan 12, muka naik bnyk jerawat pasir kt pipi.aku pakai ubat Hydrocortisone balik sbb dia sangat membantu aku hilangkan bumps dekat dahi dan pipi dan rahang aku. But sebab ubat tu ada steroid dan tak boleh guna dalam masa yang lama, aku stop jugak akhirnya. Aku dah tengah-tengah bulan 12 tu aku dah tak tahan nak pakai produk baru. Aku pakai Garnier Yoghurt Sleeping mask. Aku sangat suka mask ni sebenarnya. Sebab lepas pakai tu, muka aku jadi cerah je. But lama-lama muka aku jadi pedih. Aku dah stop. Sebab aku dh stop ubat hydrocortisone tu, muka aku jadi kasar balik. Then kat dahi aku pun banyak bumps yg aku tak tahu ruam ke jerawat pasir.

Masa ni muka sgt kasar, bumps banyak dan redness

Aku ada baca pasal fungal acne. Aku pun saja-saja lah nak try sabun JF sulfur untuk fungal acne. But, kat watsons tempat aku takde sabun tu, just ada sabun Bio-sulfur. Aku pun pakai yang tu gantikan pencuci muka Fair & lovely aku. Tapi tak lama sminggu je. Sebabnya, aku tertinggal kat rumah dan aku pun dh balik kolej. Sebabkat rumah aku pun pakai-tak pakai micellar water tu, aku decide untuk stop sekejap. Lepas aku sampai kolej tu, aku perasan bumps kat dahi dah kurang. Aku tak tahu sebab aku stop eversoft ke sebab aku pakai sabun bio-sulfur tu. Dan jugak masa kat rumah aku rajin pakai sheet mask untuk hydration. Mungkin tu salah satu punca dia kurang kot. Then aku teruskan routine macam biasa: fair and lovely facewash, toner simple, to aa, cosmoderm/cerave, nuteen acne gel. Dah nak dekat penghujung bulan 12 tu, tulah rutin aku. Masa ni, 80% jerawat dah hilang. Parut hmmm dalam 30% kot. Bumps pun dh nk hilangkan dh. But blackhead still banyak dan pores pun. But aku perasan muka aku macam dh kurang hydrated. Muka aku still oily but rasa tegang lagi-lagi lepas cuci muka walaupun tak guna pencuci muka. Redness pulak ada kat pipi. Untuk redness, aku try guna Api’eu Madecassoside Cream. Tapi yang ni aku baru guna bulan 1 ni. Tak termasuklah cerita tahun lepas. Ok, jadi ni adalah skincare routine aku sekarang yang aku cuba untuk stick with them. Haha but I’m sure ni takkan kekal. Yelah, dah la ada lagi yang baru belum bukak.

Ni adalah yang aku guna sekarang. Pencuci muka fair&lovely ada dlm bilik air mls nk ambil.
So as u can see, less is more. Pakai banyak2 produk pun tp kalau tak buang yg bermasalah tu tak guna jgk. 

So, kesimpulannya, tahun lepas, aku struggle breakout yang teruk. Aku belajar banyak pasal skin care. Duit aku banyk sangat habis dekat skincare. But at the end of the year, I can see the positive results. So, it’s woth it lah. Muka aku tak serratus peratus sembuh lagi. Untuk break out, dalam 50% dah sembuhlah kot(aku tak reti sangat math ni). Sebab aku still ada banyak acne marks, redness, blackhead, whitehead jerawat sikit-sikit kat dagu dan rahang. Dlm masa nk treat breakout, mmg ada  masa kulit ok lps tu breakout balik dn ok balik. Kena pndailah handle keadaan tu. Aku sertakan gambar perbandingan masa awal-awal breakout dengan awal bulan 1 lah senang.

Akhir bulan 12 dh ok dn yg ni awal bln 1

Ni aku ambil masa bulan 8 dgn skrg. Sebab masa bulan 8 tu still tak berapa nak baik. Skrg acnes dh tk bnyk. Acne scars je bnyk dgn uneven skin texture dan blackhead. Bila aku rajin buat perbandingan aku rasa usaha Aku selama ni berbaloi.


Sekarang ni aku cuba untuk stick dengan produk yang dah sesuai dengan aku. But, aku pun tengah ada skin care baru yang aku beli(masalah betul kan) untuk elokkan muka aku supaya lebih baik macam nak hilangkan redness dan hydratekan kulit. Aku cuba try satu2 sbb aku tknak dh ulang kesilapan Aku yg dulu. Oh dan nnti share skincare haul aku dan skin care yang aku ada sekarang. Well, jadi tu jelah cerita aku untuk Breakout and Skin Care Journey 2018. Nanti aku cuba update untuk tahun 2019. Harap-harap ni oleh jadi motiivasi jugak untuk korang yang tengah struggle breakout macam aku. See u guys soon!(macam tak soon sangatlah sebab tengah busy final exam ni).