Saturday 12 January 2019

Cara hentikan insurans Maybank

Assalamualaikum semua. So today aku nak share macam mana untuk hentikan insurans Etiqa Maybank. Sebenarnya, aku langsung tkde niat untuk ada insurans ni dan aku pun dah tak ingat sangat yang aku ada insurans ni. Cumanya haritu, aku check balance dalam akaun Maybank aku tinggal RM36.++. Terkejut jugak aku sebab kenapa sikit sangat dalam akaun aku sedangkan aku tak keluarkan duit pun dari akaun aku. Sebab sebelum ni aku ada jual something online dan orang bank-in ke akun aku. Jadi, aku agak mungkin aka nada dalm RM100.++ la kot. Lepas tu aku teringt yang aku ada ambil insurans Maybank masa mula-mula aku buka akaun. Masa first aku bukak akaun, dia kata akan potong RM10 setiap bulan, tapi bila aku check, dia potong RM21.73. Sumpah rasa nak marah sebab tertipu. Kalau kira, aku bukak akaunbulan 8 tahun lepas. Dah 5 bulan dia potong banyak tu maksudnya dia dh potong sebanyak RM108.65. Banyak tu! Kalau check dekat Maybank2u, debit RM21.73 tu dia tulis sebagai AUTODEBIT.


 
Dia ada cakap lepas sebulan bukak akaun, boleh hentikan insurans tu dengan call no yang ada dekat belakang kad maybank tu.


 Lepas sebualn tu, aku ada try call tapi masa tu aku taktau nak tekan no berapa jadinya masa tu insurans tu still aktif sampai aku dah deactive balik dua hari lepas. Aku try google macam mana deactive insurans tu, tapi tak banyak info dan tak membantu pun. Sebab tulah tertangguh. Dua hari lepas aku cari lagi macam mana nak hentikan insurans tu dan nasib baik tejumpa satu post kat facebook yang tanya kat facebook Maybank. Dan jugak, aku dah pindahkan duit RM30 dari akaun maybank aku ke akaun bank aku yang lain sebab masa tu aku ingat tak boleh nak hentikan insurans tu. Tinggal RM6, tak dapatlah Maybank nak potong incase insurans tu tak terbatal lagi.

Ok, pihak Maybank kata boleh call no yang ada kat belakang kad Maybank tu. 13800886688 nombornya. Aku pun call dan lepas pilih bahasa,  tekan 0 lepas tu tekan 5 dan dapatlah aku bercakap dengan khidmat pelanggan Maybank. Aku cakap la nak hentikan insurans. Dia pun mintak details apa semua. Lepaas tu dia cakap yang insurans ni under Etiqa jadi aku kena call Etiqa sendiri. Dia bagi nombor aku pun call. 1800889998. Ok, dah call t uterus dapat percakap denga pegawai dia. Aku cakap lagi nak hentikan insurans Etiqa dari Maybank. Then, dia cakap yang ni insurans Etiqa Maybank jadi kena bercakap dengan pihak insurans Maybank. Pulak dah.. Dia bagi pulak nombor insurans Maybank tu.

 Aku call lagi. 1300138888. Ok, dah call tu aku tekan no 2 tak silap(dia cakap ynag ni insurrans nyawa dan kemalangan). Korang dengar baik-baik dia cakap insurans, nyawa dan kemalangan tau. Lepas tekan nombor tu aku bercakap la dengan pegawai khidmat pelanggan dia cakap nak hentikan insurans. Dia cakap dia sambungkan dengan insurans Etiqa. Ok, dah sambung tu dia mintak details and dia tanya knapa nak hentikan insrurans. Aku cakap yang dah awal-awal kata nak potong RM1- setiap bulan ni dah sampai RM2- lebih. Aku rasa tertipu. Dia pun explain cakap yang tkde insurans RM10 je stiap bulan dan kadar insurans yang aku bayar tu berpatutan dengan servis yg dia bagi kalau kemalangan ke apa. aku cakap aku nak batalkan jugak sebab aku tkde duit nak bayar. Ok jadi dia cakap insurans u akan batal dalam masa 30 hari start dari tarikh aku call tu. Nanti dia akan hantar surat ke rumah. Kalau dalam masa sebulan tu dia still potong, wang akan dikembalikan katanya. Ok then setel masalah aku. Sekaramg nak tunggu surat pengesahan pembatalan je. Banyak kan step yang aku ambil, yelah sebab tak tahu kan. Jadi, kat bawah ni aku senaraikan step yang korang kena buat untuk batalkan insurans tu terus.

Cara untuk hentikan insurans Maybank

 1. 1300138888

Yang ni nombor khidmat pelanggan insurans Maybank. Tapi kalau nak call, call waktu pejabat sahaja tau. Weekdays:9a.m.-5.p.m. Saturday:8.30a.m.-12.30p.m. Ahad dan public holiday cuti.

 2. Pilih Bahasa yang korang nak

 3. Pilih insuran nyawa dan kemalangan(no 2 tak silap)

 4. Lepas tu cakap nak hentikan insurans tu.

 5. Tunggu 30 hari untuk dapatkan surat pengesahan. Setel!


Ok, jadi tulah cara-cara nak hentikan insurans Maybank tu. Harap dapat membantu korang. Bye!

No comments:

Post a Comment