Tuesday, 29 January 2019

Review Aztec Clay Mask


Hi guys! So today as promised I would like to review my favorite clay mask which is AZTEC CLAY MASK. Aztec Clay Mask is known as ‘the most powerful clay mask in the world’.



This is how it looks






It claims to:
·         Tightening pores
·         Control oils and sebum production
·         Absorb dirt in the skin
·         Reduce whitehead and blackhead
·         Deep cleansing into the pores
·         Clear up acnes
·         Fade pimple scars
·         Minimize the appearance of pores

Banyak kan claims dia? At first aku sendiri pun tak yakin menjadi ke benda ni claim banyak-banyak macam ni. However, after using it for about 7 months++, I will approve all the claims are true. Before this, I’ve used others clay mask but I find out that this claymask is the best claymask I’ve ever used. Disebabkan harga dan susah nak dapat offline, sebenarnya aku dah malas dah nk beli mask ni. Tapi sebab mask lain yang aku pakai tak sepower dia, so I’ve already made my second purchase. Sebenarnya tak habis lagi pun mask tu, cuma Apple Cider Vinegar yg habis. So aku beli baru untuk dapatkan Apple Cider Vinegar tu.  Ada yang kata boleh je guna air biasa tapi kuasa dia tak sepower guna cuka epal. Aku pun tak pernah guna air biasa so tak tahulah macam mana. And mask ni kalau nak bancuh tak boleh guna sudu or bekas besi. Katanya sbbb nanti mask ni dah tak berkesan. Aku takdelah pulak kaji kenapa tapi ikut jelah apa yang dorang kata. Beli tu pun dah sekali dgn tools yang dia bagi, bekas plastic dan sudu semua plastic.


How I use it? Aku pakai ni biasanya malam atau pagi. Sebelum pakai aku cuci muka dulu bersih-bersih tapi dengan air je tanpa pakai pencuci muka. Lepas tu antara aku steam muka dulu atau pun terus pakai. Steam muka ni bertijuan untuk open the pores so that mask tu lagi berkesan tarik impurities from the pores. Lepas tu apply mask tu ke seluruh muka. Wait for about 10-20 minutes. Biasanya, aku tak kira pun berapa minit aku pakai, bila aku dh rasa mask tu kering aku akan pergi cuci muka. Semasa pakai mask tu, memang rasa ketat muka dan selalu orang kata ‘macam kena vacuum muka’. Yes, sebab dia sangat powerful dan bila mask tu hampir kering, muka rasa berdenyut-denyut. Pakai jangan lama sangat sebab kalua terlampau lama, nanti muka akan jadi merah-merah. But muka akan jadi slightly red tu normal sebenarnya cuma kalau lama sangat nnti merah dia lgi teruk dan boleh over-exfoliate. Cuci pakai air biasa atau air suam kalua nak cepat tanggal. Lps tu aku akan terus cuci muka pakai pencuci muka dan teruskan routine macam biasa. Cumanya, aku biasanya lepas pakai mask ni lepas pakai toner, aku wajibkan pakai sheet mask sebab muka tadi kan merah-merah dan rasa ketat sebab dia tarik minyak. Sheet mask berfungsi untuk soothing dan hydratekan muka. Bagi aku penting untuk hydrate balik muka lepas pakai clay mask atau scrub sebab kita dh exfoliate kulit masa tu.




So, apa result dia? Aku rasa muka aku sangat bersih lepas guna mask ni. Yes, it cleans my pores. Sebelum ni aku memang perasan yang pores aku sgt kotor, jadi aku selalu guna Vietnam mask untuk buang kotor tu. Tapi kejap je bersih lps ti kotor balik. Then lps guna mask ni religiously, I can see my pores dh bersih and less visible than before. Untuk blackhead aku rasa it works too. Blackhead kan clogged pores yang ada kat dalam kulit. Lps guna mask ni, aku rasa yang blackhead aku yang ada dalam kulit tu dh semakin keluar. But of course la bukan sekali guna terus clear. Slow-slow. But usually I’m not the kind yang sabar, so bila blackhead aku dah mcm nk keluar, aku usually extract them using extracting tools. So, my face become clearer. Whitehead? I’m not quite sure. Sebab aku ada banyak sangat whitehead and my face now pun sekarang still bumpy. Jerawat pulak? Yes it WORKS! Aku pernah sebut dalam post sebelum ni. Muka aku sangat banyak jerawat sbb silap pakai produk. Sampai satu tahap muka aku banyak jerawat kecik-kecik sebab alah tea tree oil. Then aku pakai mask ni straight for 5 days(which is not good), and my face is clear from all those acnes. Sejak tulah, aku sangat percaya yang mask ni sangat berkesan untuk aku and aku approve that it is “the most powerful clay mask in the world”.  Untuk scars I can’t say much sebab scars kan lama kalau nak tengok dia fade. Dan aku jugak pakai produk lain untuk scars. Tapi setahu aku fungsi utama claymask adalah untuk clean pores and control oil. So, tugas dia sebagai clay mask is awesome for me. This product dh masuk dalam category holy grail aku dah. Cumanya, ada jgk yg aku ak suka pakai produk ni. Kuasa dia kuat sangat samapai lps pakai muka mmg akan merah-merah dan kulit akan jadi sangat kering. Lps pakai, memang kena hydrate banyak2. Dan jugak, kalau pakai kerap sangat, it will lead to overexfoliate(so troublesome). Jadi, hati-hatilah kalai nak pakai. Ikut panduan yg betul.

Price
·         RM35 for 100g include tools dan Apple Cider Vinegar(aku beli kat shopee yang repack)

 Where to get?
Setakat ni aku tak pernah jmpa Aztec ni dijual di mana-mana kedai. Selalu memang boleh beli online. Klau Ig Fb memang banyak orang jual. Just type Aztec Clay Mask Malaysia. Paling senang nak beli kat Shopee. Nak beli diect dari US pun boleh dekat Amazon. But please HATI-HATI! Aztec Clay Mask memang banyak fake. Sebelum beli, tolong google dulu beza yang ori degan yang original. 

Pros
·         Bersihkan pores secara mendalam
·         Helps to cure acnes
·         Helps to clear blackheads
·         Make pores less visible(sbb pores dh bersih)

Cons

  •   Buat muka merah, kering dan ketat
  •   Leceh nak guna kena bancuh
  •   Bau apple cider vinegar yang kuat


Rate
·         4.9/5 (sbb buat muka kering dan merah sbb tu tak dapat 5)

Repurchase?
Obsolutely yes! My holy grail!

Jadi, hanya ini ynag aku dapat simpulkan setelah eberapa bulan guna mask ni. Aku share this honest review for those yang curious how this product works. Macam yang aku cakap, mula-mula memang aku tak percaya but lps guna sendiri I know that this product is magic. Banyak review yang cakap muka diorang sembuh dri breakout lps pakai mask ni. but kena ingat, jangat pakai lama sangat, jangan pkai kerap sangat dan hati-hati masa nak beli. Banyak yg fake! Nak beli kat shopee, tengok review dulu. Jangan asal tengok harga murah je beli. Sila google beza Aztec yang fake dengan yang ori.


Disclaimer: Review yang Yuraa buat adalah jujur dan iklas dari pengalaman Yuraa sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.



Saturday, 12 January 2019

Cara hentikan insurans Maybank

Assalamualaikum semua. So today aku nak share macam mana untuk hentikan insurans Etiqa Maybank. Sebenarnya, aku langsung tkde niat untuk ada insurans ni dan aku pun dah tak ingat sangat yang aku ada insurans ni. Cumanya haritu, aku check balance dalam akaun Maybank aku tinggal RM36.++. Terkejut jugak aku sebab kenapa sikit sangat dalam akaun aku sedangkan aku tak keluarkan duit pun dari akaun aku. Sebab sebelum ni aku ada jual something online dan orang bank-in ke akun aku. Jadi, aku agak mungkin aka nada dalm RM100.++ la kot. Lepas tu aku teringt yang aku ada ambil insurans Maybank masa mula-mula aku buka akaun. Masa first aku bukak akaun, dia kata akan potong RM10 setiap bulan, tapi bila aku check, dia potong RM21.73. Sumpah rasa nak marah sebab tertipu. Kalau kira, aku bukak akaunbulan 8 tahun lepas. Dah 5 bulan dia potong banyak tu maksudnya dia dh potong sebanyak RM108.65. Banyak tu! Kalau check dekat Maybank2u, debit RM21.73 tu dia tulis sebagai AUTODEBIT.


 
Dia ada cakap lepas sebulan bukak akaun, boleh hentikan insurans tu dengan call no yang ada dekat belakang kad maybank tu.


 Lepas sebualn tu, aku ada try call tapi masa tu aku taktau nak tekan no berapa jadinya masa tu insurans tu still aktif sampai aku dah deactive balik dua hari lepas. Aku try google macam mana deactive insurans tu, tapi tak banyak info dan tak membantu pun. Sebab tulah tertangguh. Dua hari lepas aku cari lagi macam mana nak hentikan insurans tu dan nasib baik tejumpa satu post kat facebook yang tanya kat facebook Maybank. Dan jugak, aku dah pindahkan duit RM30 dari akaun maybank aku ke akaun bank aku yang lain sebab masa tu aku ingat tak boleh nak hentikan insurans tu. Tinggal RM6, tak dapatlah Maybank nak potong incase insurans tu tak terbatal lagi.

Ok, pihak Maybank kata boleh call no yang ada kat belakang kad Maybank tu. 13800886688 nombornya. Aku pun call dan lepas pilih bahasa,  tekan 0 lepas tu tekan 5 dan dapatlah aku bercakap dengan khidmat pelanggan Maybank. Aku cakap la nak hentikan insurans. Dia pun mintak details apa semua. Lepaas tu dia cakap yang insurans ni under Etiqa jadi aku kena call Etiqa sendiri. Dia bagi nombor aku pun call. 1800889998. Ok, dah call t uterus dapat percakap denga pegawai dia. Aku cakap lagi nak hentikan insurans Etiqa dari Maybank. Then, dia cakap yang ni insurans Etiqa Maybank jadi kena bercakap dengan pihak insurans Maybank. Pulak dah.. Dia bagi pulak nombor insurans Maybank tu.

 Aku call lagi. 1300138888. Ok, dah call tu aku tekan no 2 tak silap(dia cakap ynag ni insurrans nyawa dan kemalangan). Korang dengar baik-baik dia cakap insurans, nyawa dan kemalangan tau. Lepas tekan nombor tu aku bercakap la dengan pegawai khidmat pelanggan dia cakap nak hentikan insurans. Dia cakap dia sambungkan dengan insurans Etiqa. Ok, dah sambung tu dia mintak details and dia tanya knapa nak hentikan insrurans. Aku cakap yang dah awal-awal kata nak potong RM1- setiap bulan ni dah sampai RM2- lebih. Aku rasa tertipu. Dia pun explain cakap yang tkde insurans RM10 je stiap bulan dan kadar insurans yang aku bayar tu berpatutan dengan servis yg dia bagi kalau kemalangan ke apa. aku cakap aku nak batalkan jugak sebab aku tkde duit nak bayar. Ok jadi dia cakap insurans u akan batal dalam masa 30 hari start dari tarikh aku call tu. Nanti dia akan hantar surat ke rumah. Kalau dalam masa sebulan tu dia still potong, wang akan dikembalikan katanya. Ok then setel masalah aku. Sekaramg nak tunggu surat pengesahan pembatalan je. Banyak kan step yang aku ambil, yelah sebab tak tahu kan. Jadi, kat bawah ni aku senaraikan step yang korang kena buat untuk batalkan insurans tu terus.

Cara untuk hentikan insurans Maybank

 1. 1300138888

Yang ni nombor khidmat pelanggan insurans Maybank. Tapi kalau nak call, call waktu pejabat sahaja tau. Weekdays:9a.m.-5.p.m. Saturday:8.30a.m.-12.30p.m. Ahad dan public holiday cuti.

 2. Pilih Bahasa yang korang nak

 3. Pilih insuran nyawa dan kemalangan(no 2 tak silap)

 4. Lepas tu cakap nak hentikan insurans tu.

 5. Tunggu 30 hari untuk dapatkan surat pengesahan. Setel!


Ok, jadi tulah cara-cara nak hentikan insurans Maybank tu. Harap dapat membantu korang. Bye!

Saturday, 5 January 2019

Kisah Breakout and Skincare Journey 2018

Hallo guys! Uhuk uhuk dah berhabuk dah blog ni. Dah lama aku tak tulis kat sini. First, sebab tak malas nak menulis, second sbb malas nk connect internet. 😌 Hehe.. tapi sebab tahun baru, aku nk throwback cerita tahun lepas. Sebab aku dah masukkan post ni dalam label Beauty, maka aku nak cerita pasal kecantikan or khususnya kecantikan muka dan skin care. ALERT!!  LONG POST AHEAD!!

Sebelum ni, memang aku ada post pasal masalah muka kau yang burn kan.Masalah tu dah lama selesai. Tapi tu adalah permulaan nightmare aku sebenarnya.😫 Lepas kejadian muka aku burn tu, aku cuba bermacam-macam skincare untuk hilangkan burn tu. Tulah masalah aku, tak reti sabar. Masa tu muka aku memang takde problem. Cuma jerawat sekali-sekala tu biasalah. Aku lps burn tu, aku jadi rajin baca blog-blog kecantikan, twitter dan fb. Masa tu tujuan aku just nak hilangkan burn je. Tapi, banyak pulak pasal skincare dan penjagaan muka yang menarik perhatian aku. Bila aku banyak membaca, banyak pulak aku analisis tentang muka aku. Keadaan yang aku ingat selama ok rupanya ada masalah jugak. Aku muka memang super oily, ada dark spots dan jerawat sikit-sikit. Tapi sebenarnya masa tu bukan masalah besar pun.

Maka, aku pun masa tu mula tukar pencuci muka dulu. Oh ya, masa tu aku just pakai pencuci muka fair&lovely hijau dgn krim dia(sebab muka aku ada dark spots).Aku start beli set oxy sebab nak hilangkan jerawat yang sikit sangat tu. Oh satu lagi sebab aku nak cuba skin care mungkin sebab pengaruh kawan dan semangat nak mencuba aku masa duduk dekat u. kawan aku tak hasut aku pun suruh guna itu ini. Cuma masa tu aku rasa rendah diri duduk dekat u, dikelilingi oleh orang cantik-cantik. Aku tengok dia pakai ni, muka cantik je. Jadi aku pun cuba.. ok, berbalik kepada oxy tadi, yes aku pakai tu tak jadi apa-apa pun kat muka aku. Aku suka toner dan moisturizer dia. Toner rasa berangin rasa mcm boelh control minyak kt muka. Moisturizer hm… aku taktau nak cakap macam mana. Just dia mmg melembapkan dan yang paling penting tak buat muka aku break out. Just pencuci dia aku tak suka sbb bau kot.

Then, masa tu aku rasa aku dh addicted untuk baca pasal skincare. Aku pun follow skincare guru kat twitter dan fb. Baca-baca ada yang suggest pencuci muka ynag gentle dan blh control jerawat. Himalaya! Kalau ada baca aku punya previous post, aku ada cerita pasal Himalaya ni. Boleh baca kat sini πŸ‘‡πŸ‘‡
https://kawaiiyuraa.blogspot.com/2018/04/review-himalaya-neem-face-wash.html?m=1

Yes, it breaks me out badly. πŸ˜₯Lepas stop tu, aku pakai garnier then fair&lovely balik.That time aku pun guna toner Himalaya jugak. But I don’t think that toner buat aku break out. Then masa tulah aku start gelabah. Nak cure aku baca lagi blog-blog, tweet dan fb. Aku dah start beli macam-macam produk dah masa tu sampai aku pun dh tak inga tapa yang aku pernah beli. Tapi aku cuba tulis apa yg aku ingat. Aku cuba Aiken moisturizer. Aku takt ahu aku allergic dgn tea tree oil masa ni. Dah pakai tu naik lagi jerawat merah-merah kat pipi. Terus aku stop aku bagi kakak aku. Aku jugak baca kena remove make up walaupun pakai bedak debu je, kena buat double cleansing dan kena pakai sunscreen. And kau buat semua tu. Aku pakai micellar water Garnier, oil cleansing Biore dan sunscreen Biore. And aku pakai sekaligus, tanpa patch test. The result was…. My skin became worse. Dengan jerawat batunya naik, jerawat tk batu pun apa semualah. Korean 10 step skin care routine. Yes, tu nama dia. Aku masa tu entah kenapa tak serik lagi. Nak try and error apalah. Aku beli jugak peel off mask dari freeman, Loreal claymask, Cosrx Snail Essence. The mask is ok with me aku suka. In fact, I’m a mask lover right now. The Cosrx Snail Essence, kalau tadi Himalaya face wash breaks me out badly, this essence I should say IT BREAK ME OUT THE WORST.😭 Apa taknya, dulu muka licin je tetiba jadi kasar gila dengan naik jerawat pasir kat rahang. Aku nak nangis masa tu. Aku tak pernah ada jerawat pasir sebeum ni. It’s really the worst nightmare. Aku tak ingat aku pakai berapa lama until I realized that it made me breakout. Lepas aku stop, aku terus jual preloved.

Then, habis asasi masa tu, aku tekad nak cure muka aku. But bila balik rumah tu aku just realized that my face sangat sangat sangat teruk. Masa aku dekat kolej, aku tak perasan sangat kot sbb busy final exam. Aku malu gila nak keluar rumah. Semua saudara-mara, jiran-tetangga kenapa dengan muka. Aku tak tau nak jawab apa. Kat rumah, aku still cuba bermcam-macam produk. Sebab aku ingat aku alah dgn mineral oil dalam Cleansing Oil Biore, aku beli cleansing Oil Simple. Micellar water pulak aku tukar dari Garnier biru ke garnier pink. But still, my face makin teruk adalah. Lebih-lebih lagi lepas pakai Cleansing oil Simple tu. Habis mak nenek jerawat keluar kat dagu. Aku tertarik lagi nak cuba moisturizer lain. Lepas Aiken, aku cuba Simple hydrating moisturizer. Tak best. Sebab lepas pakai tu berpeluh satu muka. Terus jual haha. Then pakai Simple oil Balancing Moisturizer(asyik Simple je sbb masa ni kt twitter produk  ni tengak hype). Tak sesuai jugak. Next, aku just pakai gel aloe vera sebab dah tak tahu nak beli apa.

Lepas tu masa ni jgk famous pasal chemical exfoliants. Oh sbelum tu, aku ada pakai physical exfoliants, Aku pakai St. ives Apricot Scrub. Aku pakai masa kat asasi lagi. Best sebab kulit lembut. Aku pakai masa muka aku ak breakout teruk lagi. Bila jerawat dah keluar satu muka, aku stop. Chemical exfoliants.. aku try Cosrx AHA/BHA toner dan COSRX Blackhead Power Liquid. Sebab blackhead pun dah bermaharaja lela dah kat muka aku masa ni. Aku pakai masa tu ok lagi. Tapi lama-lama aku rasa muka aku skin merah-merah. Bila pakai Cosrx Blackhead tu pun muka pedih. Aku stop. Aku ada buat gritting method. But entahlah, tak jadi apa-apa pun. Aku terbaca kt Fb pasal Aztec Claymask. And I give it a try. SUPER AWESOME! Ni pertama kali lepas break out aku jumpa produk yang membantu kulit muka aku. It heals my acnes yang keluar sebab alergik dengan tea tree oil(Aiken Pure Tea Tree Oil). Aku buat Aztec Challenge for 5 days(nak buat seminggu tapi malas). Lepas 5 hari memang jerawat tu hilang terus. Nanti aku buat full review.πŸ˜‰

Aku rasa the peak of my breakout tu masa bulan 5. Aku start breakout awal 2018 kot. Bila dah banyak produk aku try tak menjadi, aku syak yang ada skincare yang aku guna tak sesuai dengan aku. Aku terus stop semua skincare kecuali fair&lovely face wash. Barulah muka aku reda sikit. Malam-malam pulak aku pakai aloe vera gel pure dari pokok dan sheet mask. they help me a lot. Aku pakai SEP sheet mask honey. Awesome! Memang redakan redness aku. But my skin tak sembuh lagi. Aku start balik pakai moisturizer. Aku pakai Cerave. This product aku pakai sampai sekarang. Sebab banyak moisturizer tak sesuai dengan aku, aku terus pakai yang ni walaupun rasa heavy sikit. I give me matte finish. And aku pun rasa dia helps with redness. My skin become better sikit. Aku pun pakai balik micellar water dengan sunscreen. Aku tukar micellar water ke Simple. But aku rasa mcm makin teruk daripada yang tak pakai apa-apa sebelum ni. Masa ni dh raya dah. Aku dengan stressnya duduk rumah je taknak keluar beraya. Macam-macam alas an aku bagi kat kawan-kawan. Raya tu, tkde sorang pun kawan masa sekolah ynag aku jumpa. Macam tulah terseksanya hidup aku masa tu.😭😭😭 Ni Aku letak gmbr Aku masa mula2( tkdelah mula2 sgt to masa ni mmg teruk la). Aku try Cari gmbr Aku masa muka Aku ok dulu tp to jumpa pulak dlm phone. Nnti aku try tengok dlm laptop aku letak.

Ni bulan 5 tau bukan 15. Mungkin gmbr ni tak jelas sangat tapi nmpk sangat jerawat merah2 tu. Kt situ semua jerawat aktif ye. Jerawat pasir bersepah dekat rahang masa ni.

Ni keadaan dahi masa tu. Tapi aku rasa ada yg lagi teruk. But gmbr ni je yg ada. Aku jrg naik jerawat kt dahi jadi ni bagi aku sgt. 

Masa tu, aku pakai face wash f&l, toner aku pakai Simple, moisturizer Cerave, sunscreen biore dan simple micelllar water. Aku bila dh tengok muka makin teruk, aku decide to stop both sunscreen and mw. Bila try balik, I figured out the punca is micellar water. Aku pun tukar ke Eversoft. Masa ni dah ok sikit dah muka aku. Aku teruskan pakai claymask dan sheetmask kadang-kadang. Dah nak dekat bulan 8, aku dah nk sambung belajar dh masa ni. Muka aku makin ok. Saudara-mara aku pun kata muka aku dh ok sikit daripada masa mula-mula kau balik rumah hari tu masa bulan 4. Jerawat still ada just kurang la. For parut jerawat, aku lupa nak cakap. Aku Pakai The Ordinary Alpha Arbutin and Oxy Anti Pimple Mark. It works. Oh the most important prduct yang sangat membantu aku kurang kan jerawat. It is… NUTEEN ACNE GEL! It helps me the most I can say. Aku teruskan dengan routine ni sampai masuk degree akhir bulan 8. Jerawat aku masih ada. Aku ni kurang sabar orangnya, aku semestinya cuba lagi produk yang lain. Aku nak tukar moisturizer masa ni sebab moisturizer Cerave tu quite heavy. Berpeluh muka pakai. Sebab redness dh kurang, aku nk pakai yg lain, untuk jerawat. Aku pakai Safi gamat. My skin become rough dekat dahi pakai ni. I stop. Aku pun tukar face wash jugak, ke Simple. Masa ni my skin become kering and tegang. Kadang-kadang menggelupas jugak. Terus pakai fair and lovely balik(sampai sekarang). Safi Gamat pun aku stop, pakai Cerave balik huhhu.

Bulan 8. Berkurang dri masa bln 5 hritu. Masani jerawat dh kurang naik.


Masa ni dah bulan 9, muka aku still tak ok. Jerawat ada lagi walaupun tak seteruk masa mula-mula kena dulu. Then, dah tengah-tengah bulan 9 tu, aku try moisturizer lain(aku kan tak serik). Skin Labs Aloe Vera. Lepas dua minggu pakai, dahi aku naik ruam. Ni dh masuk bulan 10. Aku pun stop atas nasihat kawan aku.Aku tak pernah sangka akan break out sebab ni sebab  aku ok je dengan aloe vera selama ni. Then aku stop aku pakaiCerave balik. Tapi dalam masa aku tengah pkai moisturizer skin labs tu, muka aku tak terjaga sangat sebenarnya. Sebab masa tengah hari aku tak guna micellar water sebab aku malas nak naik bilik. Aku pakai pencuci muka fair&lovely. Dan aku pakai wipes Simple jugak sekali dan pakai sheet mask yang aku tak pernah pakai sebelum ni(Coenzyme 10). Start tu muka aku lagi teruk dengan naik jerawat pasirnya kat pipi. Aku pakai ubat Hydrocortisone untuk ruam. Masa ni aku pun dh stop guna sunblock dan micellar water sebab aku tak sempat nak cuci masa nka solat. Satu lagi sebab aku ada tukar sunblik dan dia tak sesuai dengan aku. But lepas aku stop ubat tu, ruam naik balik. Aku pakai dalm seminggu sumpah semua hilang. But at the same time, aku ada guna scrub St Ives green tea sebab aku tak tahan muka aku kasar sangat dan menggerutu macam jalan tar. Aku stop jugak akhirnya. Masa ni mmg aku tk pakai mw, just pakai cleanser, dan ubat hydrocortisone smpai bln 11.


But dalam bulan 11 tu aku cuti jadi aku pakai micellar water balik. Masa ni aku dah perasan yang muka aku dah makin ok. Aku tak tahu nak cakap yang mana paling membantu. Tapi aku rasa jerawat dah makin hilang sebab aku dah stop semua produk yang bermasalah tu. Hydrocortisone pun mmbntu hilangkan jerawat pasir dkt rahang dan pipi. But, of course penyumbang terbesar sebab aku pakai nuTeen Acne Gel dan jugak Oxy. Ok, start daripada ni, muka aku dah memang makin ok. Aku boleh katakan masa ni 60% jerawat hilang(tak termasuk blackhead, whitehead, parut apa semua. Just jerawat besar-besar tu je). But, kulit aku kering kengkadang. Ok, sebab jerawat dah beransur hilang, aku nak hilangkan parut pulak. Aku beli Cosmoderm 1000ui. Best sangat moisturizer ni. Bau wangi, agak lightweight. Aku tak pasti sangat dia membantu tak hilangkan parut sebab aku guna TO alpha arbutin dah lama. Dan lama-lama memang parut hilang. Aku tukar kadang-kadang dengan moisturizer cerave. Skincare routine masa ni: eversoft micellar water, fair &lovely face wash, toner simple, TO alpha arbutin, Cerave/cosmoderm moisturizer, nuteen gel and oxy anti pimple mark. Dah tengah bulan 11 tu, scars dah banyak dah kurang, jerawat still ada on off sikit-sikit. Aku rasa bulan 11 ni muka aku plg ok sbb bln 12 muka aku breakout balik




Dh akhir bulan 11 tu, aku try pakai Sunscreen Biore kuning balik and boom! Pipi aku jadi kasar gila dan bumps besar-besar naik.Aku pakai dua hari je dan aku stop. Makanya jelaslah sunscreen tu yang bermasalah. Dalam bulan 11 tu aku buat routine yang sama je macam sebelum ni dan aku just tak pakai sunscreen sebab aku tak sempat lagi nak pergi beli yang lain. Bulan 12, muka naik bnyk jerawat pasir kt pipi.aku pakai ubat Hydrocortisone balik sbb dia sangat membantu aku hilangkan bumps dekat dahi dan pipi dan rahang aku. But sebab ubat tu ada steroid dan tak boleh guna dalam masa yang lama, aku stop jugak akhirnya. Aku dah tengah-tengah bulan 12 tu aku dah tak tahan nak pakai produk baru. Aku pakai Garnier Yoghurt Sleeping mask. Aku sangat suka mask ni sebenarnya. Sebab lepas pakai tu, muka aku jadi cerah je. But lama-lama muka aku jadi pedih. Aku dah stop. Sebab aku dh stop ubat hydrocortisone tu, muka aku jadi kasar balik. Then kat dahi aku pun banyak bumps yg aku tak tahu ruam ke jerawat pasir.

Masa ni muka sgt kasar, bumps banyak dan redness

Aku ada baca pasal fungal acne. Aku pun saja-saja lah nak try sabun JF sulfur untuk fungal acne. But, kat watsons tempat aku takde sabun tu, just ada sabun Bio-sulfur. Aku pun pakai yang tu gantikan pencuci muka Fair & lovely aku. Tapi tak lama sminggu je. Sebabnya, aku tertinggal kat rumah dan aku pun dh balik kolej. Sebabkat rumah aku pun pakai-tak pakai micellar water tu, aku decide untuk stop sekejap. Lepas aku sampai kolej tu, aku perasan bumps kat dahi dah kurang. Aku tak tahu sebab aku stop eversoft ke sebab aku pakai sabun bio-sulfur tu. Dan jugak masa kat rumah aku rajin pakai sheet mask untuk hydration. Mungkin tu salah satu punca dia kurang kot. Then aku teruskan routine macam biasa: fair and lovely facewash, toner simple, to aa, cosmoderm/cerave, nuteen acne gel. Dah nak dekat penghujung bulan 12 tu, tulah rutin aku. Masa ni, 80% jerawat dah hilang. Parut hmmm dalam 30% kot. Bumps pun dh nk hilangkan dh. But blackhead still banyak dan pores pun. But aku perasan muka aku macam dh kurang hydrated. Muka aku still oily but rasa tegang lagi-lagi lepas cuci muka walaupun tak guna pencuci muka. Redness pulak ada kat pipi. Untuk redness, aku try guna Api’eu Madecassoside Cream. Tapi yang ni aku baru guna bulan 1 ni. Tak termasuklah cerita tahun lepas. Ok, jadi ni adalah skincare routine aku sekarang yang aku cuba untuk stick with them. Haha but I’m sure ni takkan kekal. Yelah, dah la ada lagi yang baru belum bukak.

Ni adalah yang aku guna sekarang. Pencuci muka fair&lovely ada dlm bilik air mls nk ambil.
So as u can see, less is more. Pakai banyak2 produk pun tp kalau tak buang yg bermasalah tu tak guna jgk. 

So, kesimpulannya, tahun lepas, aku struggle breakout yang teruk. Aku belajar banyak pasal skin care. Duit aku banyk sangat habis dekat skincare. But at the end of the year, I can see the positive results. So, it’s woth it lah. Muka aku tak serratus peratus sembuh lagi. Untuk break out, dalam 50% dah sembuhlah kot(aku tak reti sangat math ni). Sebab aku still ada banyak acne marks, redness, blackhead, whitehead jerawat sikit-sikit kat dagu dan rahang. Dlm masa nk treat breakout, mmg ada  masa kulit ok lps tu breakout balik dn ok balik. Kena pndailah handle keadaan tu. Aku sertakan gambar perbandingan masa awal-awal breakout dengan awal bulan 1 lah senang.

Akhir bulan 12 dh ok dn yg ni awal bln 1

Ni aku ambil masa bulan 8 dgn skrg. Sebab masa bulan 8 tu still tak berapa nak baik. Skrg acnes dh tk bnyk. Acne scars je bnyk dgn uneven skin texture dan blackhead. Bila aku rajin buat perbandingan aku rasa usaha Aku selama ni berbaloi.


Sekarang ni aku cuba untuk stick dengan produk yang dah sesuai dengan aku. But, aku pun tengah ada skin care baru yang aku beli(masalah betul kan) untuk elokkan muka aku supaya lebih baik macam nak hilangkan redness dan hydratekan kulit. Aku cuba try satu2 sbb aku tknak dh ulang kesilapan Aku yg dulu. Oh dan nnti share skincare haul aku dan skin care yang aku ada sekarang. Well, jadi tu jelah cerita aku untuk Breakout and Skin Care Journey 2018. Nanti aku cuba update untuk tahun 2019. Harap-harap ni oleh jadi motiivasi jugak untuk korang yang tengah struggle breakout macam aku. See u guys soon!(macam tak soon sangatlah sebab tengah busy final exam ni).

Friday, 21 September 2018

Review: Oxy 10, Clean and clear acne gel, Benzac dan nuTeen

So, I'm back with my review yang aku dah janjikan tu. Dalam tajuk kat atas tu, aku dah tulis contoh produk yang aku pernah pakai.








Oxy 10

Oxy 10 ni first produk yg aku pakai asa spot traetment. Mmg aku tau kalau baru nk start oakai benzoyl peroxide kena pakao yg percentage rendah dulu tp aku terus pakai yg 10 sbb aku rasa jerawat aku semua degil-degil sbb jerawat batu yg besar tu. Ok, kalau aku guna kat jerawat takde mata tu, dia dlm 2/3 hari dia samada akan keringkan/kecutkan dia akan buat jerawat jadi masak(ada mata). Walaupun jerawat tu ada mata aku tak picit sbb aku takut, aku teruskan pakai sampai jerawat kecut. Sbb aku dh lama tak pakai, aku dhblupa brp hari dia amek masa utk hilangkan jerawat. Tp baru-batu ni aku ada pakai balik sbb nk bagibreview kt korang. 
Ok, aku pakai oxy 10 dekat jerawat besar yg takde mata. Hari pertama still takde apa2 perubahan sama dgn hari kedua. Pada hari ketiga, aku dh nmok jerawat kecut sikit tp dia sgt2 memgeringkan kulit aku(area jerawat). Overall, mungkin dlm seminggu utk hilangkan jerawat, but tinggal bumps sikit. Yg bumps tu aku pakai produk lain.Sbb diabkeringkan kulit, jadi pliss JANGAN LETAK UBAT NI KT TEMPAT TAKDE JERAWAT. Just buat dia as spot tratment. Letak betul2 atas jerawat korang tu. Aku biasa mmg akan pakai mlm sblm tido sbb dia warna putih krim, segan org tengok. Pagi tu dh cuci muka apa semua, aku akan letak banyak moisturizer kt tmpt kering tu. Aku tak sarankan guna benda ni kt jerawat kecik2 tau.

Ingredients



Pros
-berkesan hilangkan jerawat besar
-murah(lmbt habis)
-tiub kecil(sng bawak)
-rasa pedih sikit bila pakai(org selalu anggap ni cons but aku suka kalau rasa sakit sikit sbb menunjukkan oroduk tu berkesan dri yg tak rasa apa2)

Cons
-tinggalkan parut hitam
-lunturkan warna bantal aku
-keringkan kulit
-warna putih krim(aku tak suka sbb taknbielh pakai siang)
-bau chemical kuat

Rate
3/5


Clean&clear acne gel

Second product yg aku pakai. Sbb cons yg ada pada oxy 10, aku try guna c&c. Yg ni antara my favourite acne gel. Sbb dia gel, warna dia macam transparent sikit. Kalau pakai, tak nmpk tp rasa melekit. Kalau pakai siang nampak la muka berminyak. Bila pakai rasa pedih sikt lagi lagi dekat jerawat yg ada luka2 tu. Aku selalu nk repurchase acne gel ni to aku dh tak jumpa dh kat mana2 kedai.😣. Tak tau la dia dh stop pengeluaran ke atau kt tempat aku je yg takde. Sama macam oxy, dh lama tak pakai dan aku dh lupa brp lama dia amek masa utk hilangkan jerawat. But dia berkesan and lagi elok dri oxy. Dia tak keringkankan kulit macam oxy.

Ingredients

sumber:google

Pros
-transparent(tak malu sangat nk pakai dpn orang)
-tak tinggalkan parut hitam

Cons
-melekit dan berminyak

Rate
4/5

Benzac 5%

ok, yang ni pulak guna benzyl peroxide sbgai bahan untuk lawan jerawat tu. yang beza dari 0xy 10, % dia rendah sikit iaitu 5% je. Aku ada baca yang kalau nak pakai benzoyl peroxide kena pakai yang rendah dulu sbb kalau pakai yang tinggi terus, yang peratus rendah tu takkan berkesan dah. jadi sebab aku dh pernah pakai ozy 10, aku rasa yg benzac ni kurang berkesan untuk aku. first aku pakai memang tak raa pedih macam aku pakai oxy. dan aku try apply kat jerawat yang besar2 tu dia ambil masa yang agak lama untuk hialngkan. Jadi aku fikir baik aku pakai oxy 10 je kalau nak cepat. tekstur dia pun ceam macam oxy tp dia macam lotion tebal. sbb kalau oxy thick cream yang mmg macam putih susu. Benzac ni tak gebu sangat. entahlah aku tak tahu nak terangakan macam mana. Korang ry la tegok sendiri. Aku baru je pakai Benzac ni dan aku dh stop pakai. Kenapa? sebab mestilah ada yang lagi best.

Ingredients



Pros
-berkesan walaupun lambat
-sesuai for beginner
-aku dh tak boleh nak fikir pros dia

Cons
-lunturkan warna pakaian
-Cream putih
-Tak berkesan sngat untuk aku

Rate
2/5

nuTeen Acne Gel

Yang ni aku pakai sebelum aku pakai benzac tu dan aku SANGAT dan PALING suka benda ni. Masa mula2 aku pakai aku tak suka. First sebab bau wangi dia kuat sangat. dan dalam masa semalaman dia tak bagi kesan pun. Lepas tu aku try pakai 2/3 hari lagi, the results is dia berjaya hilangkan jerawat aku even yang besar-besar pun. dan jugak, aku ada banyak jugak jerawat kecik-kecik kat sekitar dagu dan rahang, pun benda ni jugak yang dapat hilangkan dalam masa 2 haru je. Lepas tu aku terus jatuh cinta dengan acne gel ni. sekali aku beli mesti aku beli banyak-banyak. sekarang dh nak dekat 10 tube dh aku pakai. Sekarang breakout aku makin pulih pun sebab dialah. Tekstur dia adalah gel warna kuning. Bila sapu memang nampak transparent dan bila apply memang la melekit dan berminyak sikit, tapi bila dh biar lama2, dia akn kering sendiri, macam tak pakai apa2 pun kat muka. sebab tu aku suka pakai tak kira siang atau malam.

Ingredients


sumber:google


Pros
-Sangat berkesan utuk hilangkan jerawat tak kira besar atau kecil
-ambil masa tak lama sangat untuk hilangkan jerawat
-tekstur transparent
-cepat kering
-tak mengeringkan kulit
-tak tinggalkan parut

Cons
-bau sangat wangi tapi tolerable bila lama2

Rate
5/5

T3 Pimple Gel

Aku hampir terlupa dah yang aku pernah pakai yang ni. Kalau tak silap aku pakai yang ni sebelum aku pakai nuTeen gel tu. Aku suka tekstur dia yang cair dan transparent. Tekstur dia lagi cair dari nuTeen Acne gel jadi kalau sapu kena sikit je sebab dia akan spread. Tapi sebab dia akan still nampak berminya kat muka aku tak suka. Bau pulak adalah bau ubat yang kuat. Result dia aku pakai mula-mula sangat berkesan. Lagi berkesan dai nuTeen sbb dia ambil masa yang sekejap dari nuTeen. Aku sapu pada jerawat pasir aku kat dagu. Dalam masa 2 malam kot dh boleh nmpak kesan dia. Tapi dia kurang berkesan untuk jerawat yang besar-besar. sebab tu aku dah tak repurchade yang ni.




Ingredients



Pros
-berkesan untuk hilangkan jerawat pasir atau yang halus-halus
-boleh nampak kesan dalam masa yang singkat
-tekstur transparent
-tak mengeringkan kulit

Cons
-tak berkesan hilangkan jerawat besar-besar(atau lambat)
-bau ubat yang kuat
-Tak kering kat kulit

Rate
3/5

As for me, yang ada benzoyl peroxide atau tekstur cream tak sesuai digunakan untuk letak kat jerawat pasir atau jerawat yang kecil-kecil sebab nanti kulit kering dan boleh burn. That's why la aku suka guna yang tekstur gel. sebab nak spread pun senang kat area jerawat yang banyak2.  So kat sini je review aku. Sebenarnya aku ada je try ubat jerawat lain macam Aiken Tea Tree Oil tp sbb aku alergik dgn TTO mmg breakout la aku pakai tu. Dan sekarang aku ada try oxy cover. Nanti aku try review lagi. panjang sangat pula nanti nk review semua. Terima kasih sudi baca.




Disclaimer: Review yang Yuraaa buat adalah jujur dan ikhlas dari pengalaman Yuraa sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.
Disclaimer: Every skin are different, the result also varies for every individual.

Tuesday, 17 April 2018

Review Himalaya Neem Face Wash

so, i'm back with my next review. honestly, after I experienced with the burn on my face, I start to become skincare enthusiast. I search, google and read many post about skincare especially on twitter and facebook. sebabnya, aku rasa sebab terjadinya burn di muka aku tu(rujuk post lepas), adalah sebab jerawat yang x henti2 hinggap kat muka aku. so untuk mengelakkan aku letak ubat gigi lagi kat muka aku, aku kena rawat muka aku ni. ok, so sebab aku baca review ramai yang kata HIMALAYA NEEM FACE WASH ni berkesan untuk rawat muka berjerawat, aku pun terpengaruh untuk beli walaupun harganya agak mahal bagi aku sebab aku student lagi. T_T..

Packaging



This one adlah yang saiz paling besar, 150ml. Harga dalam RM27-Rm30. ada yang saiz kecik sikir 50 ml tak silap. Harga dalam RM9-RM11. boleh didapati di Guardian, Watson, Farmasi Caring ataupun kalau nak murah, di Store Himalaya sendiri. ok, aku tertarik beli ni sebab ramai yang review kata bagus untuk jerawat. Aku pun masa tu walaupun tak banuak sangat jerawat yang tumbuh, aku rasa nk cuba sebab dia tulis kat packaging "PREVENT PIMPLE". sebelum ni aku ada beli toner himalaya, tapi aku rasa dia doesn't do much on my skin dan kadang-kadang aku rasa dia melekit, jadi aku bagi kat kakak aku. kat packaging pun dia ada tulis free paraben, SLE, SLES. This means it's a good product and very natural.

Ingredients


As you can see, water is the main component of this product which means it's suits oily skin such am I. Melia Azadirachta Leaf Extract which comes third in the ingredient nilah Neem yang bagi nama kat facewash ni. Neem atau daun semambu ni popular kat india sebab diorang banyak guna untuk naturl remedies. Ni aku bagi link yang ceritakan kebaikan Neem ni(thanks me later).
ok yang tu je yang aku boleh bagi.yang lain korang cari sendiri la eah.. Curcuma Longa Root Extract ni pulak adalah kunyit.Kunyit ni pun ramai orang guna sebagai natural remedies macam buat masker. kunyik banyak orang guna dalm skincare untuk lawan jerawat sebab dia ada sifat antibakteria dan orang guna jugak untuk memutihkan kulit. kalau korang google, banyak cara orang guna kunyit untk rawat muka.

ok, yang lain aku pun tak tahu sangat fungsi dia. jadi, kat sini aku bagi korang list ingredients dan fungsi dia berdasarkan CosDNA.

Gambar kat atas menunjukkan semua bahan dalam Himalaya Neem Face wash ni selamat untuk digunakan.

Rasanaya ramai lagi yang tak tahu pasal CosDNA ni kan? Sebab aku pun baru tahu wkwkwkw. Ok, akuringkaskan CosDNA kat sini. CosDna ni ringkasan bagi ingredients dalam sesebuah produk skincare dan kosmetik. Nombor tu menunjukkan tahap keselamatan sesuat ingredients. kalau nombor tu hijau maksudnya sangat selamat dan kalu kuning masih selamat. Klau warna jingga dah kurang selamat dan Klau merah adalah bahaya. Acne dan irrita menunjukkan kebarangkalian untuk kena acne atai iritasi. Got it?

Ok, kembali kepada Himalaya Purifying Neem Face Wash, sebab dia dalah natural jadi ingredients dia kebnayakannya memang tak bahaya. Oh ya, kalau nak tahu, pH level face wash ni adlah 5.5 whis is really good!

Texture and Smell


As u can see, texture dia adalah gel yang berwarna hijau. Face Wash dalam bentuk gel disarankan untuk orang yang kulit oily dan kombinasi. Bau dia pulak bagi aku, sangat wangi. Bau dia agak kuat sebab dia memang ada letak perfume dalma ingredient dia. Tak tahu macam mana nak explain sebenarnya tapi dia ada macam bau herba sikit. Bila pakai rasa segar je.. Ok, sebab dia natural(again), jadi dia tak keluarkan banyak buih. Orang kata kalau cleanser tu ada banyak buih maka dia banyak bahan kimia and it will cause drying. 


Tengok, bila tambah air buih dia keluar pun macam nak tak nak je. aku sebenarnya tak suka sanyak kalau tak berbuih banyak sebab rasa lembut sangat bila basuh muka. Rasa macam tak bersih.

My Review

Finally, my overall review about this product is not good for me. :( Tersangatlah banyak review ynag kata produk ni bagus for oily skin and acne prone skin but when I try it, it's not! selepas 2/3 hari pakai face wash ni, muka aku terus naik jerawat merah yang kecik-kecik. banyak pulak tu kat dua-dua belah pipi aku. Aku tak pernah lagi rasanya naik jerawat macam tu. biasanya jerawat pustules je yang naik. Sumpah masa tu aku menyesal sangat pakai. Tpai aku ada jugak cari review lepas tu. Ada yang kata masa seminggu mula2 pakai memang naik jerawat tapi lepastu dah okay. Soa, aku pun teruskan pakai utuk seminggu. But, it'sgetting worse! Aku sabar lagi tunggu lagi dalam dua minggu and my skin still just doesn't show any sign to get better. Nak buang sayang dahla aku beli yang besar. ;( so, aku teruskan pakai dari awal bulan 12 2017 hinggalah awal Februari 2018. Aku so jap muka aku dalam nak dekat dua minggu sebelum tukar cleanser aku ke cleanser lama, Garnier Pure Fruit warna oren. Lepas stop pakai himalay tu muka aku dh jadi elok sikit. Merah2 dah hilang lps tukar cleanser. Kesimpulannya, this face wash doesn't suit me at all! Apa yang aku suka pasal cleanser ni hanyalah bau dia dan how natural the ingredients are. Also, sebab dia gel, produk ni lambat habis, so walaupun harga dia agak mahal, tapi packaging dia besar dan lambat habis. So, dia dikira affordable jugak la.  However, tak sesuai dengan aku, tak bermaksud tak sesuai dengan korang semua. Ramai yang kata produk ni sangat bagus untuk lawan jerawat but it is not for me. So, my advice, kalau korang rasa produk tu sesuai, don't hesitate to try. Kalau dah 2 minggu pakai still naik jerawat, better stop. sebab aku lambat stop, jerawat aku makin banyak dan scar pun banyak. So, sekarang aku pun tengah try untuk repair balik muka aku.

Repurchase?

Definitely not! You know why already..After all, i'm just sharing my experience, every skin are different. So, that's all from me. See ya in another post!



Disclaimer: Review yang Yuraaa buat adalah jujur dan ikhlas dari pengalaman Yuraa sendiri tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.
Disclaimer: Every skin are different, the result also varies for every individual.