Thursday 16 November 2017

Cara-cara aku hilangkan burn di muka (disebabkan ubat gigi bukan sunburn)

Assalamualaikum semua..
Hari tu aku ada bagitau kan yang aku nak share macam mana cara aku hilangkan kesan burn di muka aku. Walaupun dia tak hilang 100% lagi tp alhamdulillah dlm 2 bukan ni the kesan tu memang beransur hilang. Ni aku akan senaraikan apa yang aku guna ya..

1. ANTI PIMPLE MARK GEL OXY



Ni benda first aku guna untuk hilangkan parut hitam tu. Memang aku ada cakap aku guna gel aloe vera hari tu tp bagi aku gel tu hanya berfungsi untuk sembuhkan luka je. Sebab bagi akug gel tu memang bantu aku supaya luka yang terbuka tu cepat sembuh sampai tinggal parut je. Sebab aku pun ada google yang gel aloe vera ni bantu sembuhkan luka je, x hilangkan parut hitam pun(maaf kalau salah). Ok, macam mana aku guna? Ok, first mesti la cuci muka dulu dan pakai toner kan? Lepas tu aku sapu la gel tu dekat parut hitam tu. Lepastu aku urut secara membulat. Sebab aku excited sangat nk hilangkan parut tu, aku sapu banyak kali jugak la dalam sehari masa mula2 beli. Bila aku dh rasa macam dh kering sangat dan macam x ada apa2 kat muka aku akan pakai lagi. Tapi bila dh lama2 ni aku dh malas aku pun pakai sekali sehari je. Haha.. biasanya aku pakai sblm pakai moisturizer. Kalau malam aku pakai gel tu x pakai apa dah. Aku pakai gel ni sampai skrg sbb dia mmg berkesan.

Ni bila aku guna oxy sahaja.


2. VITAMIN C SERUM ANNONA



Ni pulak ikhtiar aku yang kedua. Sebab aku dh start cuti sem masa ni. Jadi aku dh tekad nk hilangkan parut tu sblm sem 2 start. Jadi aku try cari cara yg cepat sikit. Aku cuba serum vitamin c ni sebab ramai orang kata yg vit c ni bagus untuk cerahkan kulit dan apa yang aku faham, parut yang warna hitam tu boleh hilang la kan? Jadi masa aku dok tengah belek2 muka buku tu, aku ada nampak la produk Annona ni. Produk local ni diasaskan okeh ahli farmasi, membuatkan aku yakin untuk cuba. Jadi aku pun beli.Serum ni aku pakai satu muka. 2 titik pun dh cukup. Cuma aku letak dkt parut aku banyak sikit. Aku beli yang 5ml sbb nk try. Dan hasilnya memang berkesan. Dlm 10 hari aku pakai, parut tu memang dh makin cerah. Kiranya dia lagi cepat dari gel Oxy yang aku pakai sblm ni. Tapi lps 2 minggu aku pakai, serum tu dh habis dan salah satu sebabnya adalah sebab aku tumpahkan. Menyesal gila aku masa tu dh la mahal. Lps dh habis, aku memang gembira sbb parut hitam tu dh makin cerah. Aku pun x tahu nk beli lagi ke tak. Sebabnya mahal dan aku malas nk beli online. Harga yg 5ml pun dh rm40.

Ni perbandingan dia masa aku guna oxy sahaja dan bila aku guna dua2. Serum ni dulu sbb dia mmg meresap dlm kulit. Lps tu baru aku pakai oxy. Ataupun aku x pakai oxy tu, aku terus pakai moisturizer.



3. AZANIS SCAR SERUM



Yg ni adalah alternatif aku lps vit c serum tu. Aku rasa nk try serum ni sbb tengok banyak review yang bagus dekat insta dan fb. Sbb aku fikir nk hilangkan parut ni cepat. Yang ni aku batu pakai seminggu.Tapi walaupun dh seminggu aku pakai, aku still x nampak lagi kesan positif dia. Tapi aku masih pakai. Aku pakai malam je. Bila sapu kt muka atau pun pegang dgn tangan, dia rasa panas sikit. Mungkin aku akan tunggu lagi dlm seminggu nk tengok kesan dia.

Ni keadaan parut pada 14 November



Jadi, itulah cara aku untuk hilangkan parut tu. Kesan setiap produk bergantung pada individu tau. Sbb Azanis Scar Serum tu macam xde kesan, aku tgh pertimbangkan untuk beli Vit C Serum Annona tu. Tapi tengok dulu macam mana. Aku betul2 nk hilangkan parut ni cepat. Dlm 2 minggu lagi kelas sem 2 dh nk start. Doakan aku ye semua.😢

EDITED: for me,  azanis doesn't help me at all utk hilangkan parut( but tak tahulah kot2 aku terbeli yg fake ke aoa sbb murah kan).  And vit c annona did a great job padanlah dgn harga dia.  And oxy i still use it until now sbb murah dan berkesan!

3 comments:

  1. Sekarang dh hilang ke parut tu?

    ReplyDelete
  2. Sekarang dh hilang ke parut tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dh hilang sepenuhnya.😄 Tp lps hilang, jerawatbpulak naik, jadi parut jerawat pulak yg tinggal😌

      Delete