Sunday 12 November 2017

UBAT GIGI MENYEBABKAN MUKA AKU TERBAKAR😣😣

Ha, dah baca tajuk kan? Itulah salah satu benda yang dah jadi dalam hidup aku yang aku nk kongsi dengan korang semua.. kes ni memang tragis bagi aku sebab muka aku x pernah jadi seteruk tu. Muka aku, burn memang dh pernah, sbb main panas, jerawat mmg selalu je menginap kat muka aku, muka berminyak memang tak payah cakap la.. tapi, memang muka burn sbb ubat gigi ni memang masalah muka yang paling teruk aku pernah dapat sebab dah la sakit, hodoh pulak tu sbb dia bertompok dekat muka belah kiri aku dan yang paling sakit hati parut dia susah gila nak hilang. Sekarang dah 2 bulan lebih x hilang2 lagi.

 Macam mana aku boleh letak ubat gigi dekat muka aku? Alkisah dia macam ni..Muka aku memang selaku ada jerawat tapi bagi aku takdelah teruk sangat. Jerawat aku ni dia akan tumbuh sikit2 je, kadang2 satu atau dua je.. jenis jerawat pulak adalah jerawat batu yang takde mata tu. Memnag besar dan merah. Memang kalau dia tumbuh tu memang sakit hati gila. Pada suatu hari tu, tengah dok belek2 muka kat cermin aku nampak ada satu dua jerawat tumbuh kat pipi kiri aku. Tu takpe lagi tapi bila dh dia ajak anak beranak dia buat rumah kat pipi aku membuatkan bilangan jerawat tu tadi jadi 4 sekaligus. Dahla besar dan merah. Aku pantang gila nampak jerawat ni. Memang selalu aku picit je tp sebab dia sakit dan xde mata, aku cari inisiatif lain iaitu.. jeng jeng jeng.. ubat gigi la. Sbnrnya aku mmg prnh pakai ubat gigi dekat jerawat aku, tapi macam yang aku kata tadi, jerawat aku biasanya tumbuh satu atau dua je dekat tempat lain2(contohnya dekat dahi satu dekat pipi satu). Jadi aku mmg letak ubat gigi tu betul2 atas jerawat jelah.tapi disebabkan jerawat kali ni ada 4 berkumpul tempat sama, aku apa lagi, aku pergi lumurlah muka aku dengan ubat gigi tu. Ha, bila dh sapu tu rasa puas la sbb dh x nmpak jerawat tu. Aku pun pergilah tidur dgn lena..zzz... Keesokan paginya aku dh start nmpk muka aku jadi wrna merah. Oh ya lupa nk cakap masa pakai ubat gigi tu, memang rasa sakit dan pedih tapi aku tahan sbb aku pikir 'beauty is pain' hah, ambik kau! mmg pain betullah. Rasa nk lempang je diri sendiri masa tu. Haish! Ok, masa tu aku tengah xde kls sbb tgh hujung minggu kot. Aku mmg target nk hilangkan jerawat tu sblm kls mula. Tapi walaupun muka aku jadi merah pagi tu, jerawat still x hilang. Mlm tu aku lumur lagi ubat gigi jenama 'Darlie' tu, tahan sakit lagi. And guess what? Muka aku betul2 rasa pedih dan sakit sangat2 pagi tu. Bila tengok kt cermin, memang dia jadi merah gila! Guargh! Memang masa tu aku rasa nk jadi godzilla hembus api kt ubat gigi tu. Aku memang geram gila.. masa nk basuh muka pun pedih. Mmg la sepanjng hari dok hadap cermin je kerja aku. Rasa nk jampi je dpn cermin( wahai cermin ajaib, jadikanlah muka aku baik balik) malangnya aku xde kuasa magik. Mmg aku mampu menatap je muka aku dlm cermin tu.. sob.. sob.. oh ya masa ni hari sabtu 17hari bulan 9.(aku catat tarikh tu dlm kalendar aku tau).

Lps tu aku tak ingt aku stop ke tak pakai pencuci muka dan krim yg aku biasa pakai. Aku stop kot sbb pedih, kena air pun pedih. Jadi aku biar je macam tu.. esoknya hari ahad.. ksn merah tu dh jadi kering dah. Dia macam kuping warna merah. Aku pun biar lagi sbb xtau nk buat apa dh. Bila digoogle, ada yg kata boleh legakan kesan burn dgn sapu aloevera. Celah manalah aku nk cari aloevera masa tu kan? Aku pun teringat yg dkt kampus aku dia ada jualan kosmetik murah, x silap aku ada gel aloevera kt situ, aku mmg dh set dlm kepala otak aku yg aku wajib beli los habis kls esk. Tp yang jadi masalahnya esk aku ada kls, macam mana aku nk berdepan dgn orang? Mlm tu aku pun pergilah try mintak foundation dgn housemate aku walaupun aku malu sampai dia tanya kenapa dgn muka aku tu. Walaupun aku x pernah pakai benda alah tu, aku try jgk cari jln nk tutup kesan burn tu. Aku pun try pakai, tp bila pakai tu, mmg x boleh nk tutup ksn tu sbb dia dh jadi macam kuping yg kesat. Jadi aku terpaksa pasrah pergi kls macam tu je. Aku sapu la jgk krim dan pakai bedak sikit.

Ha seperti yg dijangka mmg classmate aku pergi tegur aku pasal ksn tu. Masa aku nk turun lif pun org dh tanya(nmpk x betapa prihatinnya kawan2 aku?). Aku pulak malu nk jawab. Takkan la aku nk jawab aku lumur muka aku dgn ubat gigi sbb nk hilangkan jerawat? Aku jawab je' xde pape' atau 'entahlah'. Ha nampak sangat mengelak tu. Siap ada kwn aku offer nk bagi aloe vera lagi. Aku pulak tolak sbb malu. Bila dh habis kls tengahhari tu, aku barik bilik terus hadao cermin, aku mmg malu gila smpai takut nk berhadaoan dgn org. Rasa nk nangis pun ada masa tu. Sbb geram, aku pun try kopek kuping tu. Walaupun sakit, aku tahan je.. finally bila dh kopek,  dia jadi warna putih yang macam berair sikit. Dia lagi pedih kalu kena air. Tp aku lega sikit sbb dia dh x merah dh. Jadi, kalau dari jauh xdelah nmpk sangat. Petang tu aku ada kls lagi, jadi lps habis je kls ptng tu aku terus pergi beli gel aloe vera. Aku xtau la dia tiruan ke tak to aku x peduli sbb masa tu aku betul2 terdesak. Packaging dia nk sama macam nature republik to dia jenama YESNOW. Aku pun pakai la. Mula2 pakai mmg pedih sikit tp lama2 dia rasa sejuk je.. mmg aku pakai benda tu je dlm seminggu tu. Masa tu adalh minggu last aku ada kls sbb lps tu aku dh start study week. Aku tahan jelah untuk seminggu. Jadi aku rasa keadaan parut tu main ok lps pakai gel tu sbb luka dia nmpak dh kering.

 Lps study week, aku ada exam final. Masa exam final tu, kwn aku pun tegur kesn burn tu macam dh ok. Aku happy jgk masa tu tp aku still rasa x puas hati sbb lama2 dia jadi makin hitam dan akhirnya nmpklah pipi kiri aku bertompok hitam. Lps first paper habis, mlm tu aku balik kg di Terengganu. Jadi masa atas bas tu mmg aku dh tekad dh nk rawat muka aku aku sbb aku cuti 4 hari sblm aku pergi balik kt kampus sbb nk exam 5 paper lagi. Aku mmg dh google siap2 dh macam mana nk rawat ksn burn ni. Dan  kat sini aku jumpa blog yg tulis pasal burn kt muka. Bukan sbb ubat gigi je, bawang putih dan kulit kayu manis pun boleh buat muka burn.

Jadi, link di atas adalah antara yg ada ksn burn macam aku. Kebanyakannya disebabkan oleh bawang putih la. Tp ksn dia sama, burn. Jadi nasihat aku, kalu nk pakai tu boleh to jgn banyak sangat. Kalau nk letak, letak betul2 atas jeeawat tu, jgn pergi taruk tmpt yng xde jerawat kalau korang xnak jadi macam aku. Sini aku share gmbr sikit tau.

Ni muka aku pada 30 september. X pakai apa2 pun masa ni.


Jadi macam mana aku rawat ksn burn tu? Hehe.. nanti aku sambung tau. Walaupun parut aku x hilang lagi tp aku mmg impress dgn produk yg aku guna tu. It works wonder on me dan aku mmg bersyukur sbb jumpa produk tu. Jadi, akhir kata, assalamualaikum..



No comments:

Post a Comment