Sunday 12 November 2017

About myself~~

Ehem ehem *baiki ton suara*

Assalamualaikum wbt kpd semua yg sedang baca blog ni( ada ke org nk baca?🙄)
Hehe.. Ni first time aq try tulis blog.. tujuan? Hehe mesti la ada tujuan takkan saja je nk buat perhiasan kan..

Tapi sebelum tu, aku nak kenalkan diri aku dulu, nanti korang ingat budak manalah pulak yang sedang merapu ni kan?
So nama aku ialah ***.. hehe sorry sbnrnya aku x suka dedahkan sangat pasal diri aku kat org lain. Kalau boleh, aku taknak pun org knl aku dekat alam maya ni.  Sorry tau.. Tapi pembaca pembaca-pembaca semua boleh panggil aku YURAA. Kenapa Yuraa? Sbb aku suka jepun dan aku suka nama tu. Mmg nama aku time nk main game ke apa aku mmg suka dikenal dgn nama tu. Hmm.. umur aku pulak? Hm... Okeylah umur aku bagitau je, skrng umur aku 18 tahun sejak bln 10 yg lalu( ha dh boleh dh nk wish bday tu) Duduk mana? Aku berasal dr pantai timur Malaysia dan skrg ni tgh nk menghabiskan pengajian asasi aku di ibu kota Malaysia(cewahh) apa lagi ya? Apa yang aku suka? Okey, aku suka anime, arts, lukisan dan novel.  Hm.. aku mmg suka baca blog2 yang tulis novel macam blog suriryana.. one of my favourite blogger. Hehe. Ok, skrg dh habis sesi suai kenal kita.. jadi kita akan ke agenda yang seterusnya..

Hm... aku x tahu la skrg org suka lagi ke tak baca blog sbb skrg kan dh ada twitter, facebook, instagram.. tapi, bagi aku, aku suka baca blog sbb kt situ aku boleh baca apa yang org lain nk share dgn panjang lebar.. contohnya macam tips kecantikan ke, tips kesihatan ke.. ha  sbb tulah aku suka baca blog.
 Tujuan aku pulak adalah...
-sbb aku nk share apa yg jadi dlm hidup aku sbb aku rasa benda tu boleh bagi manfaat dlm hidup org lain jgk
-aku nk org dapat cari maklumat yg diorang nk(mana tahu terselit sikit dlm coretan aku kan..) sbb aku pun suka google cari maklumat
Well.. sbnrnya first aku terfikir nk buat blog pun sbb aku betul2 rasa nk share something dgn org lain lps nampak kesan benda tu dlm diri aku(wah, saspens betul bunyinya)
Jadi ape benda yang dah jadi tu? Nantikan post aku yg seterusnya walaupun aku tahu takde org nk nantikan pun. Haha.. jadi, akhir kata.. bye..

P/s: maafkanku yg tgh merapu pagi2 buta ni sbb aku x blh nk tidur skrg ni😌

No comments:

Post a Comment